Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Sunday 30 December 2012


USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH
Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.

kata kata yang menghina islam

‎1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah.. 
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa. 

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa. 

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan. 

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas. 

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO. 

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan. 

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan. 

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 

18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah. 

19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota. 

20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 

21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92 

Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat. 

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. 

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC. 

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) 

Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.

Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya. 

Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut. 

1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. 

2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) 

Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang) 

1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001 

2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang. 

Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. ~siasahsikini
Posted & copy by Rakyat Marhaen

Wednesday 26 December 2012

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din : Adakah PAS melencong dari perjuangan asal ? Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS? Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun. Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam. Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah. Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah: (i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B): “Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan. Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman. PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan. Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah. Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam. Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15) Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar. Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima. Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar. Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka. PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang. Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din Timbalan Mursyidul Am PAS

Usrah merupakan tunjang kepada gerakan Islam dan Tarbiyyah insan bagi melahirkan individu yang mempunyai rasa cinta terhadap islam dan akhirnya berjuang dalam menegakkan Islam sehingga sanggup berkorban dan meninggalkan kepentingan duniawi mereka.

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Usrah mengajar kita untuk melaksanakan apa yang diucap dan dibincangkan. Maka, proses ini amat wajar bagi sebuah gerakan islam untuk terus maju kehadapan. Tanpa usrah, sesebuah gerakan islam tidak mampu bergerak dengan lebih baik kerana mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain yang menyebabkan lahir sifat-sifat mazmumah dan tidak menghiraukan orang lain.

Usrah yang betul mengikut adab dan rukun mampu memberikan impak yang besar pada diri setiap individul.Sesungguhnya Usrah perlulah dijayakan disetiap peringkat samada di peringkat pimpinan mahupun ahli terutama diperingkat cawangan agar ukhuwwah,ilmu dan istiqamah akan lebih mantap.

Tuesday 25 December 2012

NABI MUSA
Berabad abad lamanya, Mesir diperintah oleh raja yang menamakan dirinya Firaun. Mereka memerintah secara turun temurun. Kerana kebebasan dan kekuasaan yang ada pada raja Firaun, setiap yang menjadi raja itu, semakin lama semakin kejam dan ganas juga. Bukan saja mereka menganggap dirinya paling kuasa, malah melebihi dari itu, iaitu mereka beranggapan bahawa diri mereka itu Tuhan yang harus disembah oleh semua manusia, kerana mereka berpendapat tidak ada makhluk lain yang lebih kuasa, daripada mereka. Lebih lebih lagi terhadap bangsa asing yang hidup di negerinya iaitu Bangsa Israel yang berasal dari daerah Palestin, mereka selalu diseksa, penghidupannya disempitkan. Dengan kesalahan yang kecil, mereka dianiayai se berat beratnya. Demikianlah politik pemerintahan Firaun di waktu itu.
Pada suatu hari, tukang tenungan sendiri datang menghadap Firaun dan berkata: Akan lahir seorang anak lelaki di kalangan Bangsa Israel yang tinggal di Mesir ini. Anak itu nanti akan mengalahkan engkau dengan pemberontakan pemberontakannya dan tidak akan mengakui engkau sebagai Tuhan dan rajanya lagi.
Mendengar itu Firaun dengan segera mengeluarkan peraturan istimewanya di mana dinyatakan bahawa setiap anak lelaki Bani Israel yang dilahirkan pada waktu itu harus dibunuh, kecuali anak anak perempuan saja yang dibiarkan hidup. Demikianlah siasat jahat guna memusnahkan Bangsa Israel yang menetap di situ. Di waktu berlakunya undang undang itulah ibu Musa sedang mengandung dan sudah dekat melahirkan anak, iaitu Nabi Musa, anak Bani Israel yang mana peraturan itu berlaku bagi dirinya.
Alangkah sedihnya hati Yukabad, iaitu ibu Nabi Musa yang sedang mengandung dan sudah dekat waktunya melahirkan, sekalipun dia sendiri belum mengetahui apakah anaknya itu lelaki atau pun perempuan.
Dia terpaksa bersembunyi saja di rumahnya, agar jangan diketahui orang bila melahirkan anak. Dalam keadaan sedang bersembunyi itulah pada suatu hari Nabi Musa dilahirkan. Alangkah terkejutnya demi di lihat sang ibu, bahawa bayi yang dilahirkannya itu adalah seorang anak lelaki. Dia tidak berputus asa dan dia percaya juga bahawa anaknya itu akan hidup terus, sedapat mungkin akan ia pertahankan, jangan sampai menjadi korban undang undang yang dikeluarkan Firaun itu. Khabar kelahiran ini disimpannya baik baik, tidak terdengar oleh Firaun dan mata matanya. Tiga bulan lamanya bayi Musa itu dapat dijaga oleh ibunya sendiri, dengan tidak diketahui oleh Firaun dan kakitangannya.
Tetapi makin lama peraturan itu dijalankan makin bertambah keras juga. Pasukan pengintip diperbanyak, untuk mengetahui tempat dan nama tiap tiap perempuan mengandung dan anak anak yang baru lahir.
Tuhan lalu mewahyukan kepada ibu Musa, agar bayinya diletakkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil yang mengalir di hadapan rumahnya. Dengan hati yang tenang dan sabar, ibu Musa menurutkan ajaran wahyu itu. Bayinya dimasukkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil. Bayi yang dihanyutkan itu diiringkan dengan mata sedih oleh saudara perempuan Nabi Musa sendiri, untuk mengetahui ke mana perginya anak bayi ini nantinya. Alangkah terkejut saudara perempuan dan ibu Nabi Musa, ketika diketahuinya, bahawa peti yang membawa bayinya itu terhenti di hadapan istana Firaun, lalu diambil oleh isteri Firaun.
Ibu Musa cemas kalau kalau bayinya dibunuh oleh Firaun. Tetapi Allah lebih berkuasa. Baru saja isteri Firaun melihat wajah bayi yang hanyut terapung katung dengan sebuah peti di dalam sungai itu, timbul cinta kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Lalu anak itu diambil dan digendongnya, dibawa dan diperlihatkannya kepada suaminya; iaitu Firaun dengan berkata: Saya suka kepada anak ini, mari dia kita jadikan anak kita sendiri.
Firaun sendiri pun lupa akan peraturan yang dikeluarkannya. Dia pun turut tertarik untuk menjadikan bayi itu menjadi anaknya sendiri. Begitulah Nabi Musa dibesarkan dan dididik di rumah musuh besarnya, dengan siapa nantinya Nabi Musa itu sendiri akan berjuang. Alangkah senang hati Yakubad melihat dan mendengar keadaan bayinya yang selamat itu, dipelihara oleh raja besar.
Sekarang Firaun dan isterinya sibuk mencari perempuan yang dapat mengasuh dan menyusui anak angkatnya itu. Banyak sudah perempuan perempuan Mesir datang melamar untuk mengasuhnya, tetapi setiap kali hendak disusukan oleh mereka ke mulut Musa, Musa menolak tidak mahu menyusunya.
Akhirnya Firaun memerintahkan kepada Haman untuk mencari perempuan yang mahu disusui oleh bayi itu. Haman terpaksa mengendong Musa itu ke sana ke mari untuk mencari perempuan yang dimaksudkan itu. Banyak sudah perempuan yang bersedia,tetapi Musa tetap tidak mahu menyusu kepada mereka, malah tangisnya semakin keras juga yang menandakan dia sangat haus.
Bertemulah akhirnya dengan seorang perempuan, yang juga menawarkan diri untuk menyusukannya. Baru saja dia membuka susunya, dengan cepat bayi itu menyusu kepadanya.
Alangkah hairan Firaun melihat kejadian itu dan berkata:
Siapakah engkau ini, tidak seorang juga perempuan selain engkau yang mahu dia menyusu kepadanya.
Perempuan itu ialah Yukabad, ibu dari bayi itu sendiri, ibu Nabi Musa. Dijawabnyalah perkataan Firaun itu: Saya perempuan yang baik bau, pula baik susunya. Setiap bayi suka sekali menyusu kepada saya.
Begitulah Musa diserahkan kepada ibunya sendiri untuk dipelihara, diasuh dan disusukan. Dan ibu Musa mendapat upah yang lumayan dari raja Firaun yang kaya raya itu. Demikianlah caranya Allah memelihara Musa dan membalas kesabaran dan ketabahan hati ibu Musa yang telah sudi menurutkan bunyi wahyuNya.

Sunday 23 December 2012

PAS Perak cabar Zambry

PAS Perak cabar Zambry dedah PR salah guna kuasa

Posted on the December 23rd, 2012 under Politik by 

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Negeri Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuktikan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) negeri ketika memerintah Kerajaan selama sebelas bulan sebelum rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN).
Zambry mendakwa terdapat bukti itu ketika memberikan ucapan penggulungan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.
“Kami merasakan, sepanjang persidangan Dun Perak selepas rampasan kuasa sehingga sekarang, Datuk Seri Zambry sering memberikan ugutan akan membongkarkan salah guna kuasa terutamanya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Oleh yang demikian, kami mencabar agar Datuk Seri Zambry mendedahkan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).


"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"

Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.

"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.

Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu.Marvellous!

Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"


"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.

Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!

Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.

"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."

Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."

Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:

Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat. 


“ Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka atau duka. Jika aku dapat,aku akan SETIA padanya”

Imam Syafie
 

muslimah pilihan

Moga generasi kita terpelihara-insan terdidik dengan kukuh pegangan agama islam meyakinkn terbilangnya generasi dimasa depan