Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Monday 30 September 2013

Utusan Tak Lapor DAP zalim pada rakyat pulau pinang ???















Zalim sungguh Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng...Anti Melayu dan menindas Islam sungguh!!!!!!!!..Kalau tengok pada rakaman gambar-gambar di atas boleh menyirap darah dibuatnya????

30 September, Butterworth : Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi telah dirasmikan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Y.B Dato' Haji Mohd Salleh bin Man.

Sunday 29 September 2013

CERAMAH UMUM USTAZ IDRIS AHMAD


Kunci Rezeki Di Ganda Allah.

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Thursday 26 September 2013

Ulama Punca Pas Gagal PRU13 ???

  • Khalid SamadKhalid Samad
 1 / 1 
BARU - baru ini sebuah akhbar siber yang membawa tajuk sensasi kononnya saya menyalahkan ulama atas sebab ‘kegagalan’ Pas dalam PRU ke 13! Saya ingin jelaskan di sini bahawa berita itu merupakan spin atau putar-belit berita yang berniat jahat.

Saya perlu juga tegaskan bahawa pencapaian Pas dan PR dalam PRU ke 13 amat membanggakan dan tidak merupakan satu ‘kegagalan’ seperti yang di dakwa.

Tuntut Ilmu Wajib

 ..........diharap dapatlah mereka yang
kurang arif membaca al-quran menambah ilmu... Bagi saya sesiapa yg pandai patut  bersyukur sgt kerana sejak dr kecil dah diajar mengaji oleh ayahanda tercinta. Insya-Allah membaca bukanlah satu masalah jika kita belajar biar pun tidak sesempurna mana maksud saya kita semua boleh pertingkatkan lagilah ilmu......burung pun diasuh mampu menyebutnya.kita manusia tentu lebih baik lagi... tapi tentu kita rasa kekurangan atau terkilan kerana tak dapat nak memahami apa yg dibaca.. saya selalu terfikir alangkah indahnya jikalau dapat terus memahami apa yg dibaca itu...maka kita semua datanglah ke kelas -kelas yg berhampiran untuk tambah ilmu.

Solat Jenazah arwah Ust Azizan.

Solat jenazah arwah Ustaz Azizan. Allahuakbar. Moga Allah menempatkan Ustaz Azizan dikalangan orang yang soleh

Dr Mahathir pengaruh umno untuk bantu Mukhriz jd PM, kata Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.


Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz).

Wednesday 25 September 2013

Al Fatihah -Buat Ust Azizan Razak Yang telah kembali ke Rahmatullah.






PERAK NAIB JOHAN .??

Kadar kemiskinan di Negeri Perak masih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Mengikut rekod yang diberikan oleh Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isirumah miskin tegar pada tahun 2012. Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan.

BN MENANG KEDAH SENANG


Dato Paduka muhkriz menipu rakyat dengan mengatakan balak dihentikan dinegeri kedah.. Hamba melampirkan bukti-bukti gambar dan menyangkal kenyataan menteri besar kedah.. Harini hamba telah memasuki kawasan pembalakan dikawasan sik dan baling dan hamba lihat lesen dikeluarkan selepas pilihanraya melibatkan hutan simpanan kekal.. -Leman Raja Lawak

Tuesday 24 September 2013

Kemalangan maut melibat anggota polis di Tanjung Malim




SLIM RIVER: Seorang anggota polis, Koperal Ramlan Ludin, 37, maut apabila motosikal berkuasa tinggi dinaiki merempuh sebuah kereta Proton Waja di Jalan Slim Lama kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Berdasarkan keterangan saksi, kereta Proton Waja itu keluar simpang dari Taman Malim dan menuju ke lorong pusingan U.

MASALAH SOSIAL NEGARA BERPUNCA DARI PEMIMPIN UMNO BN YANG ROSAK AKHLANYA



IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan saban tahun Negara diliputi dengan kes-kes gejala sosial dan kerosakan moral seperti kes pembuangan bayi, kes pembunuhan dan kes rasuah.
Beliau menyeru agar rakyat Malaysia berfikir sejenak dimanakah letaknya punca masalah-masalah ini.
Menurut beliau, umumnya semua orang mengetahui bahawa agama merupakan benteng penghalang utama daripada masalah-masalah sosial tersebut berlaku. Tetapi sekarang kita lihat pegangan agama rakyat sudah rosak dan antara punca utamanya ialah rakyat Malaysia kini mempunyai pemimpin yang zalim dan ketandusan akhlak yang baik.

Monday 23 September 2013

Senjata paling canggih di dunia dimiliki oleh orang Islam.



Sheikh Dr. Abdullah Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan. Buku yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan tentera Soviet .

Bukti ISLAM itu satu-satunya Agama Yang Benar


Sunday 22 September 2013

Menteri BN mula bg alasan hendak naikkan harga gula.


Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Pulau Pinang Beri Peruntukan Adun Umno



PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP akan memberikan peruntukan sebanyak RM40,000 setahun kepada sepuluh wakil rakyat pembangkang negeri itu mulai 2014.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno itu diberi bagi melaksanakan projek pembangunan kecil di kawasan masing-masing.
Menurut Lim, peruntukan terbabit diluluskan 'secara prinsip' dalam mesyuarat exco pada 18 September lalu.

DUNIA ITU ADALAH IMPIAN ORANG TIDUR-Rasulullah SAW


Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja dan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Nabi s.a.w menganggap bahawa jarak dunia ini dengan hari akhirat adalah seperti memejamkan mata.
 Jabir bin Abdullah berkata : "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w. maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah s.a.w. dengan berkata : "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?

Utusan Meloya Kesal Menilai Hujjah Husam


Akhbar milik Umno Utusan Malaysia melalui edisi Mingguan Malaysia hari ini menarik balik laporan yang memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang disiarkannya menjelang muktamar parti Islam itu pada tahun 2009.

Penarikan balik itu dibuat melalui penyataan yang disiarkan pada muka surat 9 Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam penarikan balik ini, Utusan menyatakan:

Saturday 21 September 2013

Peluang Terbuka

"Jangan kau sia-siakan usia yang ada
kerana kelak andai kau tersedar saat dihujung nyawa 
sesalan sudah tiada makna..."Gunakanlah hayatmu sebaiknya,
Jangan kelak kau merana disana.Kehidupan di dunia ini terlalu singkat,
Amat rugi jika seorang insan yang dikurnia kudrat tidak bekerja di jalan Allah...yakin lah Allah menjemput kita...yakinlah Allah telah beri masa ...yakinlah Allah telah beri peluang fikir...
Bermuhasabahlah wahai saudara,Pesanan ini buat diriku jua,
Jangan bermalas dibumi Allah ini,Kerana peluang hidup cuma sekali.

Friday 20 September 2013

Cabar : Allah tunaikan segera..



hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua.

Penentang gelar KJ “Bangla” kerana tidak bersekolah di Malaysia.

Penentang Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia itu, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu "ibarat Bangla", merujuk kepada warga Bangladesh.
Beliau mengakui mempunyai kelebihan kerana bersekolah di dalam negara dan berkata, hanya mereka yang membesar dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.

Teransang Salah Tempat Berdosa


Ku Li Dedah Punca Najib Naikkan Harga Minyak-Harkahdaily

Bahang kenaikan harga minyak kini bukan sahaja dirasai pelbagai lapisan rakyat malah turut mendapat reaksi negatif tokoh politik Umno. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat. Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera. "Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau. Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal."Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi. Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah. "Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya. ~harakahdaily

Siasat segera dakwaan salah guna wang Baitulmal Sarawak

Harakahdaily, 21 Sep 2013 KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa pihak berwajib menyiasat isu dakwaan penyalahgunaan wang zakat TBS seperti yang dilaporkan dalan Sarawak Report secara telus dan adil tanpa berselindung. “Pihak TBS juga perlu dedahkan laporan audit kepada pembayar zakat dan siasatan terperinci perlu disegerakan terhadap mereka yang terlibat agar wang zakat tersebut benar-benar digunakan sepenuhnya untuk kebajikan 8 asnaf,” ujar Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee. Menurutnya, isu penggunaan wang zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjadi persoalan setelah Sarawak Report melaporkan wang TBS yang merangkumi hasil kutipan zakat wajib, yang dikutip dari dari umat Muslim yang ikhlas untuk membantu golongan miskin telah disalahgunakan untuk projek-projek utama bangunan komersil. Pada Jun lalu, katanya bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar. “Apa pula pandangan Mufti Sarawak dalam masalah penggunaan wang zakat ini selain dari 8 asnaf?” tanya beliau dipetik blog PAS Kawasan Miri.

Selepas Minyak Naik Harga, Gas Dan Elektrik Pula?

Kajian Bank Pelaburan Maybank [Maybank Investment Bank ( IB) Research] meramalkan akan berlaku kenaikan harga gas dan tarif elektrik selepas kenaikan harga bahan api petrol dan diesel pada bulan lalu. Dalam laporan tersebut, Maybank IB telah meramalkan penyelarasan subsidi akan dilakukan lagi selepas jumlah penjimatan daripada Unit Prestasi ‘Rasionalisasi Subsidi’ pada tahun 2010 tidak mencapai sasaran. “Jumlah simpanan sejak 2010, pada RM9 bilion ke dalam 2014, adalah perbandingan lemah dengan apa yang dimaksudkan dalam Roadmap (pela) 2010. “Memandangkan kesan inflasi dan keperluan untuk mengekalkan penggunaan domestik, kami mengambil pandangan bahawa penyelarasan (pengambila semula) subsidi akan datang akan terus beransur-ansur. Kita berfikir harga gas dan elektrik yang akan datang perlu ditangani,“ kata laporan itu di sini. Pelan Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaia Rasionalsasi Subsidi dilancarkan yang pada bulan Mei 2010, memperperincikan dalam tempoh lima tahun tidakan rasionalisasi subsidi untuk menyelamatkan RM103 bilion. Ia termasuk langkah mengurangkan subsidi kebanyakannya dari bahan api (petrol , diesel, gas petroleum cecair ), gas , elektrik, jalan tol, dan makanan ( gula, tepung, minyak masak ). Sejak itu, harga gas dan tarif elektrik telah dinaikkan hanya sekali dalam bulan Jun 2011, dan subsidi gula di potong sekali dalam September 2012. Maybank IB turut menjangka, bahan binaan termasuk keluli dan simen serta sektor pembuatan sarung tangan adalah paling terjejas berikutan kenaikan yang diramalkan, kerana mereka menggunakan agak lebih banyak gas atau elektrik daripada yang lain. Kelab Greenboc.

17 nyaris maut bas jatuh gaung km308-slim river

17 nyaris maut bas jatuh gaung
17 nyaris maut bas jatuh gaung17 nyaris maut bas jatuh gaung
Keadaan bas ekspres membawa 17 penumpang yang terjunam setelah terlibat dalam kemalangan.
SLIM RIVER – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Guna anak yatim raih simpati

simpaPUCHONG – “Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.
Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan, diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.
Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.
Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.

Anwar gesa Najib beri keterangan kepada RCI




KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk turut tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

JAGA IMAN DAN ISLAM


Thursday 19 September 2013

SEDEKAH KUNCI KEKAYAAN



Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Istimewa Umat Yang Sujud.



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :
“Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

CERAMAH DAN KULIAH DHUHA


Tuesday 17 September 2013

Di Kelantan, ahli­ Umno boleh "mencari makan"-Tuan Guru Nik Aziz.




TGNA:Jangan buat negeri seperti hak sendiri

SALAH satu perkara yang amat saya tekankan semasa mentadbir Kelantan ialah ketelusan di dalam pemberian tender.

Seringkali saya berpesan kepada anggota Exco, mentadbir negeri ini ialah amanah daripada ALLAH SWT.

Jangan perlakukan negeri seperti hak kita anak beranak.

Monday 16 September 2013

NASIB SI ROTI CANAI


Najib Sepatut Benarkan Mayat Chin Peng Tanam Di Malaysia..

Dr Dzul: Benarkan Chin Peng dikebumi di sini
Sep 16 2013 

Anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.



Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM.

Tindakan Harun kurang 'bijak'

NORUTUL ILHAM MAD JARI

Mustafa AliSalahuddin Ayub  

SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum.

Sunday 15 September 2013

Kenyataan Tuan Ibrahim Tamparan Hebat Buat Ketua Dewan Ulama PAS


Selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu jurucakap rasmi PAS, pula menegaskan komitmen parti itu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya mengkaji balik keperluannya.

Kenyataan ketiga-tiga tokoh utama PAS ini memberikan tamparan hebat kepada cadangan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib agar tahaluf siasi (kerjasama politik) PAS dengan PKR dikaji balik.

Munzir Bin Fuad meninggal dunia.



Pimpinan Majlis Ta'lim Rasulullah Munzir Bin Fuad Al Musawa telah kembali kerahmatullah dan menghembus nafas terakhirnya di Hospital Cipto Mangunkusumo,Jakarta pada 15sept 2013.

"Adinda Habib Munzir meninggal, mohon maafkan kesalahannya dan mohon doanya," tulis Habib Nabil Almusawa, abang dari Munzir, dalam akaun twitternya, semlm (15/9/2013).

Saturday 14 September 2013

Ustaz Azhar Idrus: Perempuan.....


Ulama dilihat hebat secara zahir tapi jadi alat musuh - Datuk Harun Taib




ALOR SETAR: Ulama dilihat hebat secara zahir, tetapi tidak mempedulikan hal ehwal masyarakat Islam menjadi alat kepada musuh Islam, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Beliau menjelaskan, ulama yang bagus dan mengambil berat kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar.

Memetik kata-kata Imam Ghazali, katanya orang memusuhi lelaki memakai emas, tetapi tidak memusuhi pemerintah yang melanggar hukum Allah adalah ulama jahat.

Mujahideen Taliban bunuh Tentera Amerika

Berita Gempar !!..

Ini telah berlaku minggu lalu apabila beberapa orang mujahideen Taliban memasuki pangkalan Amerika dengan hanya mempunyai AK-47 dan RPG ke salah sebuah kampung di Afghanistan yang memakai pakaian seragam tentera Amerika dan memusnahkan kehidupan tentera Amerika satu demi satu.

Ini adalah satu operasi yang sangat berani dan berjaya dilakukan oleh Mujahideen Taliban.
 Media Amerika hanya menyebut dalam berita dan media hanya beberapa tentera Amerika sahaja dibunuh dan 6 jet pejuang mendapat dimusnahkan.
Biar gambar berbicara.
 Mujahideen Taliban tercinta kita sendiri mendakwa mereka menembak mati lebih berpuluh-puluh tentera Amerika di tempat kejadian dan kemudian memusnahkan 6 jet pejuang dengan hanya menggunakan RPG.

Doakan pejuang~pejuang islam kita.Sesungguhnya kita adalah bersaudara.
Hasbunallah wa ni"mal wakeel..

~ Istisyhad ~
Ucapan Penutup Presiden dalam Multaqa Ulamak Semalaysia


وجعلنا منهم أئمة يهدون بأمرنا لما صبروا 
"Dan kami jadikan di kalangan mereka pemimpin2 yg mengambil petunjuk berdasarkan lerintah Kami tatkala mereka terus bersabar"

1. Kita bersyukur menjadi salah seorang pejuang dalam parti islam semalaysia pas yang merupakan mata rantai gerakan islam yg tak berakhir hanya dengan wafatnya nabi saw.

2. Allah gantikan tugas menyambung risalah nabi2 dengan gerakan islam yg disebut sbgai "taifah" طائفة dlm hadis. Kumpulan ini menyambung tugas mendaulatkan pemerintahan islam.

Formasi kepimpinan PAS


Posted on Friday, September 13 @ 15:06:56 MYT by paktam
Oleh Nasrudin Hassan
1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian: Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama'?

Saya jawab, Ya! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar-benar menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap]


2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka."   Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak  memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.

Toleransi berlebihan punca hilang sokongan melayu ?


8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz  Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.


Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.

Friday 13 September 2013

13 PESERTA DEMO BUBAR DUN PERAK DIPENJARA 2 TAHUN




KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik Perak pada 6 Februari 2009 lalu.

Thursday 12 September 2013

Mahkamah Arah Papagomo Bayar Saman Fitnah RM500,000

13 September, 2013

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Pelajar UPSI Di Ragut Gagal Hadir Konvokesyen.


Share on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing SKUALA TERENGGANU - Hasrat seorang bakal guru menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim hari ini, tidak kesampaian selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki ketika dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Gong Badak, kelmarin.KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang bakal guru menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim hari ini, tidak kesampaian selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki ketika dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Gong Badak, kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang bakal guru menghadiri majlis konvokesyennya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim hari ini, tidak kesampaian selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki ketika dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Gong Badak, kelmarin.

Rakyat Sabah Mula merasai kesan.


Friday, September 13, 2013 Tahniah Rakyat Sabah.. inilah hadiah untuk anda selepas PRU13..!!

Harga rumah di Sabah naik .
Harga hartanah di Sabah dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas kenaikan caj pengangkutan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

PERSATUAN Pemaju Hartanah Perumahan Sabah (Shareda) dan Majlis Tindakan Pengguna Labuan (LCAC) menjangkakan peningkatan sedikit harga rumah dan hartanah tahun depan memandangkan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

Bongkar!! Dr. Asri Dedah Gaji Fathul Bari Yang Di Bayar Umno?

dr link : http://addin77.blogspot.com/


Dr. Asri telah mendakwa dalam tweeternya berkenaan gaji individu yang di katakan Fathul Bari. Jikalau benar dakwaan Dr. Asri, maka terjawablah kenapa Fathul Bari beria-ria benar mempertahankan Umno dan pemimpinnya dalam isu-isu yang membangkitkan kemarahan rakyat.