Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Sunday 1 December 2013

Laporan audit dedah peningkatan kos RM12.6 juta bina kompleks IPKBN


OLEH EILEEN NG
DECEMBER 02, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 02, 2013 12:43 PM
Pendedahan terbaru mengenai salah urus kerajaan, pada ketika Putrajaya meluaskan kutipan hasil dengan memperkenalkan sistem cukai baru, Ketua Audit Negara mendapati kelewatan pembinaan kompleks Institut Pengurusan Krisis dan Bencana Negara (IPKBN) menyebabkan peningkatan kos sebanyak RM12.65 juta.
Kos asal pembinaan kompleks IPKBN adalah RM77.59 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 juga mendapati surau dan kelab rekreasi Kompleks Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) tidak digunakan dengan optimum dan kekurangan air dan tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik yang sempurna.
Laporan itu juga mendapati Perakuan Siap Kerja (CFC) dikeluarkan walaupun terdapat kerja yang masih belum disempurnakan dan projek yang merangkumi tiga fasa itu.
Fasa 1 dan 2 sudah disiapkan pada 2009 dan 2010 manakala fasa 3 tidak dapat disiapkan kerana tidak mempunyai dana mencukupi.
Smart ditubuhkan oleh Kabinet pada Mei 1994 di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini merupakan bahagian akhir 3 siri Laporan Ketua Audit Negara 2012. Laporan pertama dan kedua sudah dikeluarkan pada awal Oktober.
Ketua Audit Negara mendapati peningkatan kos kontrak berlaku disebabkan perancangan lemah Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap reka bentuk dan skop kerja, keadaan luar jangka di tapak pembinaan dan masalah kenaikan harga bahan binaan. – 2 Disember, 2013.

Tuesday 12 November 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Al Firdaus Tg Malim


Pendidikan agama yang menjamin masa depan anak.

YANG ISLAM TAK SURUH ISTERI BERTUDUNG, YANG KERISTIAN TAK LARANG ISTERI BERTUDUNG

“Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya,” kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha’ Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

http://tenterasemutgerup.blogspot.com/2013/11/wanita-kelantan-menutup-aurat-tergerak.html
 — bersama Pakatan Harapan Rakyat dan19 yang lain.

Monday 4 November 2013

BN TEWAS DI DUN SG LIMAU

PAS kekal di Sungai Limau, majoriti merosot
YAN: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mengalahkan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Jumlah undi majoriti yang diperolehi PAS merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri AzizanAbdul Azizberjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman

Friday 1 November 2013

Satu Undi Untuk Bn Tanda Sokong Naik Harga Barang.


SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa satu undi untuk Umno-BN dalam PRK Dun Sungai Limau pada Isnin depan bermakna satu undi yang menyokong kenaikan harga barang.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru pengundi di Dun Sungai Limau membuat pilihan yang tepat untuk mencerminkan kemahuan mereka.

“... kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya. Kenaikan harga minyak, pengumuman GST dan banyak lagi isu lain membuktikan bahawa Umno-BN sebenarnya tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

“Justeru, pengundi-pengundi Dun Sungai Limau wajib membuat pilihan yang tepat bagi membuktikan bahawa rakyat tidak reda dengan kenaikan harga barangan seperti ini,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebook miliknya.

Semalam Sinar Harian Online memaparkan bingkisan dari blog zamkata.blogspot.com milik bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengungkapkan "memberikan undi kepada calon Pas di kawasan Sungai Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini".

Nik Aziz yang tidak menyentuh soal keutuhan gabungan itu dalam PR bagaimanapun mahu sokongan padu terus diberikan kepada calon Pas di Dun Sungai Limau.

Menurut Nik Aziz, memenangkan calon BN umpama penduduk di Sungai Limau menggadaikan maruah mereka.

"Sekali lagi saya merayu, kekalkanlah undi anda semua kepada Pas. Buktikanlah bahawa rakyat Sungai Limau tidak mudah dibeli dan disogok," ujarnya.
"Ingatlah, kejatuhan kerajaan Pas di Kedah telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman sendiri. Lihatlah apa yang berlaku di Insaniah, Kedah.

"Institut yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan Umno-BN dan diperkasakan oleh Almarhum Ustaz Azizan selaku menteri besar kemudiannya namun akhirnya menerima nasib yang malang di bawah kepimpinan baru kerajaan Kedah selepas pilihan raya umum yang lepas. Buatlah penilaian, adakah kerajaan Umno-BN berminat dengan pendidikan agama?," tambahnya lagi.
Malah ujar Nik Aziz, pengundi di Dun Sungai Limau wajib memilih Pas kerana ia sebuah parti yang benar-benar tulen dalam memperjuangan Islam.

"Apabila Umno meninggalkan Islam sebagai sebagai asas pemerintahan, keamanan tergugat, ketenteraman tiada dan keberkatan hidup hilang dari masyarakat.

"Pelbagai undang-undang diperkenalkan, namun tiada ertinya jika undang-undang ALLAH SWT diketepikan. Dengan Islam, hidup akan menjadi berkat, kedamaian Insya-ALLAH dapat dikecapi kerana setiap individu diikat dengan undang-undang yang datangnya daripada ALLAH SWT.

"Hari ini, saban hari kita bimbangkan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan akibat keamanan yang hilang di bawah pemerintahan Umno-BN," katanya lagi

Thursday 31 October 2013

Kehilangan dirasai ? sandiwara politik.




Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen
ULAS ISU

Wah.. arwah Azizan Razak benar-benar berharga dan bernilai. Harganya lebih mahal semasa beliau mati berbanding semasa hayatnya. Alangkah baiknya kalau semua orang mengikhtiraf bekas MB Kedah sepenggal itu semasa beliau hidup daripada semasa beliau telah tiada. Manusia ini selalu terlepas bas dan mulai merasai kehebatan seseorang itu selepas ianya sudah tidak ada?

Zainuddin Maidin. Pas sudah pastilah menjadikan Azizan Razak sebagai ikon mereka kerana Azizan Razak adalah MB pertama kerajaan Pas di Kedah. Walaupun Fadzil Noor (Almarhum) lebih layak menjadi ikon dan pencucuh api perjuangan Pas di Kedah, tetapi Azizan lebih bernasib baik sebab beliau sempat menjadi MB. Wajar bagi Pas menggunakan (bangkit) jasa dan bakti Azizan sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Limau yang sedang berlangsung kini. Selain dia MB Kedah, dia juga bekas Adun di kawasan yang kini diadakan pilihan raya kecil itu. Tetapi apa yang aneh Umno juga turut menjadi Azizan sebagai modal kempen. Umno juga mahu 'syufaat' Azizan Razak untuk menang. Umno memuji-muji Azizan Razak sebagai pemimpin terbuka atau membawa stail berlainan dengan pemimpin Pas lain. Mereka (UBN) menghargai Azizan sebagai MB. Memuji Azizan ini (saya percaya tidak ikhlas dan sebagai cara 'mengikan sepilarkan' Pas tetapi tidak disedari oleh Azizan dan Pas sendiri) ialah Mahathir Mohamad.

Mahathir pernah memuji kepimpinan Azizan lebih baik dan lebih berkesan berbanding dengan pemimpin Umno sendiri hatta dengan bekas MB Kedah sebelum itu. Tidak hairan kalau Mahathir memuji Azizan sebab dia ada kepentingan-kepentingan tertentu di Kedah. Udang di sebalik batu dalam pujian Mahathir inilah yang tidak disedari oleh sesetengah orang Pas Kedah. Projek Mahathir banyak di Langkawi di mana Langkawi adalah sebahagian wilayah Kedah. Tentu Mahathir mahu sesuatu dari kerajaan Kedah. Pujian itu juga bagi dijadikan benteng untuk menyelamatkan anaknya, Mukhriz dari diserangan Pas atau Azizan Razak. Hari ini kepentingan Mahathir itu telah tercapai dan pujian beliau kepada Azizan telah berbaloi. Mukhriz telah menjadi MB menggantikan Azizan Razak. Hari ini Mahathir memerintah Kedah menerusi kuasa anaknya. Kita tidak hairan dengan telatah dan galagat Mahathir itu.

Tetapi hari ini apabila Zainuddin Maidin juga memuji Azizan Razak ia amat mengejutkan. Bila masa orang kenal Zainuddin Maidin ini boleh menerima orang Pas atau mempunyai persepsi baik terhadap Pas. Bukankah orang ini yang menuduh Abdul Hadi sebagai 'Nabi' menyebabkan majikan tempatnya berkerja disaman Hadi? Dan tidakkah Abdul Hadi itu presiden kepada parti Azizan Razak? Selama beliau memimpin Utusan Malaysia orang Paslah yang menjadi mangsa Zainuddin Maidin. Zainuddin melihat Pas seperti hantu jerongkong. Semasa menjadi menteri penerangan dialah membuat agenda, rancangan khas melanyak kerajaan Pas Kelantan. Tetapi hari ini bila dia puji Azizan Razak mengejutkan seolah Zainuddin baru tersedar dari mimpi yang tertidur di jerami kering. Zainuddin hanya mengambil kisah kehadiran Azizan ke majlis perlancaran buku seorang ulamak sebagai alasan untuk memuji Azizan dan melihat perbezaan arwah. Itu sahaja. Mudah Zainuddin menilai atau menerima kebaikan Azizan. Apakah beliau mengasingkan di antara Azizan sebagai individu dengan sebagai ahli Pas? Apakah kesudian Allahyarham Azizan melancaran buku berjudul; Haji Abdul Rahman Merbok, Azizan telah menanggalkan baju Pas. Tidakkah dia hadir itu sebagai MB Kedah, dan MB itu adalah MB kerajaan Pas dan Pakatan Kedah? Azizan pula hadir atas hubungan beliau dengan Haji Abdul Rahman kerana dia adalah guru bapanya. Nampak sangat Zainuddin mencari-cari sebab untuk memuji Azizan dengan tujuan menarik pengundi agar mengundi calon UBN. Atau bagi menggambarkan calon Pas hari ini tidak seidea Azizan maka ia perlu ditolak. Apakah dengan insiden kecil itu pengundi akan terpesona dengan Zainuddin Maidin dan akan memberi undi kepada calon BN? Oh, rasanya tak segampang itu. Itu sebab saya katakan Azizan Razak dinilai begitu tinggi selepas beliau tidak ada sampai orang macam Zainuddin yang bermusuh 'mak anak' dengan Pas pun dapat memuji Azizan sebagai seorang pemimpin yang lain dengan pemimpin Pas yang lain. Zainuddin menyifatkan Azizan sebagai ulamak yang bukan jumud. Apakah erti kata-kata itu, mungkin dia menyifatkan ulamak lain adalah jumud. Bukankah apabila dia menganggap pemimpin lain sebagai jumud ia menghina Pas, menghina parti Azizan Razak juga? Saya tidak jamin keterbukaan munafik Zainuddin itu akan berlaku kalau Azizan Razak masih hidup. Cara pemikiran Zainuddin ini ternyata tidak pernah berubah baik semasa beliau menjadi ketua pengarang Utusan Melayu, menjadi menteri penerangan dan setelah tidak menjadi menteri dan kini 'pekebun anggur'. Adakah dia patut dalam memuji Azizan beliau memberi ingatan orang Pas agar jangan undi Pas kerana kalau undi Pas bermakna undi Anwarisme? Inilah kesongsangan dan keganjilan akal fikir tokoh wartawan negara ini.

Manipulasi Zainuddin dengan kisah itu juga menyerlahkan kebencian beliau kepada Anwar Ibrahim. Beliau dikenal sebagai seorang yang cemburu dan sakit hati dengan Anwar Ibrahim. Katanya kalau pengundi mengundi Pas bermakna mengundi Anwarisme kerana dia mengira Pas Kedah hari ini dikuasai oleh golongan Anwarisme. Terlalu rendah jangkau fikir politik Zainuddin dan terlalu murah dan remeh. Mungkin dalam pemahaman politik Zainuddin, bahawa Azizan Razak bermusuh dengan Anwar. Inilah menyebabkan dia berkata demikian. Soal ketidak-hadiran Anwar melawat Azizan semasa sakit dihospital dijadikan isu dan dijadikan sandaran untuk mengiyakan tanggapan jahatnya. Inilah saya katakan bentuk (kejahatan akal fikir) Zainuddin Maidin tidak pernah berubah. Zainuddin melihat apa yang berlaku dalam tempoh dua tiga hari ini dan tidak mengkaji apa yang dilakukan oleh kedua mereka lama sebelum ini. Semua pemerhati politik bersetuju kemenangan Pas (Azizan) itu adalah persapakatan dalam Pakatan Rakyat. Macam mana beliau boleh dilantik menjadi ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana (PB) kalau tahap pemikirannya tahap 'ibu congkak' sahaja.

Kesongsangan cara beliau berfikir di sini jelas. Satu masa beliau memuji Azizan sebagai pemimpin yang lain dari yang lain dan dalam masa sama melarang orang Pas mengundi calon Pas yang bakal menjadi pengganti Azizan sebagai undi Anwarisme. Zainuddin tidak dapat memahami atau pun terlupa bahawa di antara Azizan dengan Anwar itu perkara berbeza. Azizan adalah Pas, Anwar bukan Pas hanya rakan kepada Pas. Jadi cara Zainuddin memuji Azizan cuba mengelirukan pengundi. Cara Zainuddin berkempen hendak menggunakan badan tubuh Azizan Razak itu menjelaskan keterdesakan tukang-tukang kempen Umno. Mereka sudah tidak ada modal lagi dan secara tidak langsung hilang kepercayaan kepada tokoh dewa mereka Mahathir Mohamad. Orang seperti Zainuddin sepatutnya membuat anologi kalau undi BN bermakan undi Mahathir. Bukankah Mahathir adalah dewa bagi sesetengah orang Umno dan Zainuddin sendiri yang menulis buku "Mahathir di sebalik tabir"? Meletakkan undi Pas sebagai undi Anwar, secara sedar atau tidak cara Zainddin menghina Mahathir Mohamad tokoh Umno nombor satu di Kedah. Apa lagi yang memimpin Kedah hari ini adalah putera politik Mahathir, Mukhir bin Mahathir. Jelas fikiran Zainuddin sudah sesat di hujung jalan. Dang cerita-cerita klasik begitu sudah tidak menghiburkan rakyat moden hari ini lagi. [wm.kl.5:25 am 31/10/13] Posted by mso.im

Sunday 27 October 2013

Jama'ah Pas Caw Berop Di PRK N20 Sg Limau pada 23/10/2013

Calun PAS N20 Sg Limau Ust Mohd Azam di iringi Presiden Parti Tuan Guru Haji Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pusat dan Pimpinan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Tg Malim dan rombongan turut sama di Sungai Limau pada hari penamaan calun pada 23/10/2013
 Pimpinan PAS Pusat sama-sama turun dalam lautan manusia yg penuh sesak,terpaksa berjalan kaki jauh untuk tiba ke kawasan berhimpun di luar dewan.
 Mengiringi Doa agar calun PAS Ust Mohd Azam memenangi PRK N20 Dun Sg Limau mengekal kerusi PAS di Kedah..
 Sepanjang ke Pusat Penamaan Calun ...kami bertakbir dengan penuh semangat.
Muslimat Tg Malim turut sama mengiringi calun ke Pusat Penamaan Calun.
 Sepanjang di Sg Limau sempat beramah mesra dan bertanya khabar pimpinan pusat untuk mengetahui perjalanan politik semasa .
 Sempat bersesi kenangan bersama  Yb Tuan Ibrahim Tuan Man ,Yb Ust Nik Abduh Nik Aziz dan Ust Nasarudin Hassan Tantawi.Semoga calun PAS N20 Sg Limau Ust Mohd Azam Abd Samat terus di beri kepercayaan oleh penduduk disana.Kami yakin calun muda ini mampu mengalas tugas mendokong tanggungjawab masyarakat di kawasan n20 Sg Limau.

Friday 25 October 2013

Pasukan Futsal Pemuda Pas Berop

Satu majlis ringkas telah diadakan oleh Pemuda PAS cawangan Berop memperkenalkan TEAM FUTSAL PEMUDA PAS CAW BEROP yg di lancarkan oleh ketua Caw Ust Daud Husin di Elite Putsal Tg Malim

















: di catat 26/10/2013.

Monday 7 October 2013

PRK SG LIMAU : BALIK LAH.

Sg Limau: Pengundi luar dirayu balik mengundi

Muhammad Faizal,07 Okt 2013
KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pengundi berdaftar bagi kerusi N20 Dun Sungai Limau, yang berada di luar kawasan, agar balik mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu yang ditetapkan pada 4 November nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sokongan dari pengundi luar sangat penting dalam menentukan keputusan pilihan raya itu nanti.

"PAS menggesa agar ke semua mereka yang mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau balik mengundi pada 4 November nanti.

"Selain itu juga kita turut berharapan setiap majikan tidak kira swasta ataupun kerajaan memberi pelepasan tanpa rekod kepada pekerjanya untuk balik mengundi," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Friday 4 October 2013

Ada Insan Menangis Apabila Baca Laporan Audit Negara


Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan segala macam perbelanjaan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal ternyata memberikan kesan kepada emosi rakyat.

Dalam satu surat pembaca yang dihantar kepada Harakahdaily, Ahmad Nazri Khamis mahu berkongsi rasa sedih tersebut dengan membandingkan ketirisan dan keborosan kerajaan dengan realiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau pernah berdepan dengan beberapa situasi sukar ekoran kekangan kewangan dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang sering dilalui golongan rakyat bawahan.

Menteri Guna Dana Kerajaan Lobi Jawatan MT UMNO.???



KOTA BHARU: Sekarang bukan lagi ketua-ketua bahagian yang menjadi alat, sebaliknya pegawai dan kakitangan kerajaan juga “diarah” berkempen membantu menteri bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Jabatan atau agensi kerajaan kini difahamkan sibuk mengatur program untuk membolehkan menteri bertemu bahagian-bahagian Umno.


Menurut beberapa sumber, jabatan dan agensi berkaitan di bawah menteri diarah mengatur pertemuan dengan bahagian-bahagian Umno atas nama program kerajaan.

“Ada menteri yang datang ke sini sebelum ini meminta jabatan di bawahnya mengatur program bersama masyarakat, namun disyaratkan ada cawangan-cawangan Umno yang hadir.

Wednesday 2 October 2013

Seorang Lagi Pelatih Lumba Basikal Kemalangan Maut, DiLanggar Van Pengiring



Basikal Asmui dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu dan kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van milik Persatuan Lumba basikal Terengganu yang mengiringi sesi latihan atlet lumba basikal itu.
Asmui atau biasa dipanggil dengan nama timangan ‘Adik Awang’ berasal dari Kuala Ibai, terbabit kemalangan di Kampung Pulau Serai Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi.

Tuesday 1 October 2013

Dunia dikejutkan dengan Mr Bean Memeluk Agama Islam.

 Agak mengejutkan apabila terbaca artikel yang ringkas ini...sebuah laman web telah melaporkan yang Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah memeluk agama Islam. 


Foto: iaanews
Kabar mengejutkan datang dari dunia lawak. Komedian Rowan Atkinson yang popular dengan peran kocaknya sebagai 'Mr Bean', Selasa (1/10), mengumumkan bahwa ia masuk dalam agama Islam.

Presiden PAS DS Abdul Hadi solat jenazah di pusara Azizan.

  • Hadi solat jenazah di pusara Azizan
 1 / 1 
KUALA NERANG - Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum, disembahyangkan untuk kali keempat, diimamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Antara yang turut serta ialah Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan; timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Monday 30 September 2013

Utusan Tak Lapor DAP zalim pada rakyat pulau pinang ???















Zalim sungguh Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng...Anti Melayu dan menindas Islam sungguh!!!!!!!!..Kalau tengok pada rakaman gambar-gambar di atas boleh menyirap darah dibuatnya????

30 September, Butterworth : Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi telah dirasmikan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Y.B Dato' Haji Mohd Salleh bin Man.

Sunday 29 September 2013

CERAMAH UMUM USTAZ IDRIS AHMAD


Kunci Rezeki Di Ganda Allah.

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Thursday 26 September 2013

Ulama Punca Pas Gagal PRU13 ???

  • Khalid SamadKhalid Samad
 1 / 1 
BARU - baru ini sebuah akhbar siber yang membawa tajuk sensasi kononnya saya menyalahkan ulama atas sebab ‘kegagalan’ Pas dalam PRU ke 13! Saya ingin jelaskan di sini bahawa berita itu merupakan spin atau putar-belit berita yang berniat jahat.

Saya perlu juga tegaskan bahawa pencapaian Pas dan PR dalam PRU ke 13 amat membanggakan dan tidak merupakan satu ‘kegagalan’ seperti yang di dakwa.

Tuntut Ilmu Wajib

 ..........diharap dapatlah mereka yang
kurang arif membaca al-quran menambah ilmu... Bagi saya sesiapa yg pandai patut  bersyukur sgt kerana sejak dr kecil dah diajar mengaji oleh ayahanda tercinta. Insya-Allah membaca bukanlah satu masalah jika kita belajar biar pun tidak sesempurna mana maksud saya kita semua boleh pertingkatkan lagilah ilmu......burung pun diasuh mampu menyebutnya.kita manusia tentu lebih baik lagi... tapi tentu kita rasa kekurangan atau terkilan kerana tak dapat nak memahami apa yg dibaca.. saya selalu terfikir alangkah indahnya jikalau dapat terus memahami apa yg dibaca itu...maka kita semua datanglah ke kelas -kelas yg berhampiran untuk tambah ilmu.

Solat Jenazah arwah Ust Azizan.

Solat jenazah arwah Ustaz Azizan. Allahuakbar. Moga Allah menempatkan Ustaz Azizan dikalangan orang yang soleh

Dr Mahathir pengaruh umno untuk bantu Mukhriz jd PM, kata Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah di sidang meja bulat ekonomi di ISIS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 September, 2013.


Tengku Razaleigh Hamzah meneruskan sengketanya dengan bekas lawannya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menyifatkan beliau tidak lagi berpengaruh untuk membantu anaknya dalam pemilihan Umno kali ini.

Anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan untuk masuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

"Semoga berjaya kepada beliau (Mukhriz).

Wednesday 25 September 2013

Al Fatihah -Buat Ust Azizan Razak Yang telah kembali ke Rahmatullah.






PERAK NAIB JOHAN .??

Kadar kemiskinan di Negeri Perak masih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Mengikut rekod yang diberikan oleh Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isirumah miskin tegar pada tahun 2012. Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan.

BN MENANG KEDAH SENANG


Dato Paduka muhkriz menipu rakyat dengan mengatakan balak dihentikan dinegeri kedah.. Hamba melampirkan bukti-bukti gambar dan menyangkal kenyataan menteri besar kedah.. Harini hamba telah memasuki kawasan pembalakan dikawasan sik dan baling dan hamba lihat lesen dikeluarkan selepas pilihanraya melibatkan hutan simpanan kekal.. -Leman Raja Lawak