Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Wednesday 31 July 2013

Rampasan terhadap Dr Morsi menghalang Daulah Islamiyah di Mesir merebak seluruh dunia.

[Pengakuan Ketua Perisikan Israel : Dr Mursi perlu dihancurkan kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah]

Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama Dr Mursi perlu disingkirkan adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga

Tuesday 30 July 2013

Membentuk generasi perlu dengan ilmu.

Dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Jenayah: PAS gesa panggil sidang khas parlimen

Abdul Aziz Mustafa,31 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah memanggil segera sidang khas Parlimen bagi membahaskan berleluasanya jenayah berat terutama yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya.

"Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin.

Najib Bohong Lagi.. Bekas Tentera Pula Menjadi Mangsa..

Bekas tentera tuntut janji PM 
IPOH - Biarpun gembira di sebalik menerima sumbangan perayaan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas tentera di negeri ini mengakui terkilan apabila janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum terlaksana sehingga ke hari ini.  
Salah seorang bekas tentera, Sarjan (B) Ahmad Tarmizi Khalid berkata, janji dibuat sempena Perhimpunan Raksasa Bekas Tentera Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010 lalu.  
Katanya, pada perhimpunan berkenaan Najib berkata pihak kerajaan akan melaksanakan pemberian sara hidup serta pampasan bagi semua bekas tentera yang mengalami kecederaan ketika bertugas.

Monday 29 July 2013

WAKAF AL-QURAN


Demokrasi Mesir , kemenangan untuk segelintir penipu besar


Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 28 Jul 2013

Al-Quran memaparkan bahawa di Mesir tercipta sejarah kemunculan Fir’aun, raja yang memerintah kerajaan paling zalim dan penipu dalam sejarah dunia. Al Quran adalah kitab suci petunjuk sepanjang zaman, bukan sahaja hukumnya, termasuk juga ceritanya. Peristiwa terkini menjadi kenyataan yang berulang bahawa Al-Quran adalah kalam Allah yang membawa petunjuk sepanjang zaman bukannya buku cerita.

Berlaku terkini selepas Arab Spring, satu pendedahan bahawa peristiwa pertengahan abad dua puluh yang baru berlalu oleh buku berjudul: Inside The Muslim Brotherhood, karya bersama Dr Yusuf Nada dan Douglas Thompson, memaparkan kisah benar berlaku di tahun lima puluhan (26 Okt. 1954), apabila regim tentera di bawah pimpinan Presiden Gamal Abdul Nasir ingin mengatasi pengaruh Gerakan Ikhwan Muslimin yang menguasai rakyat kerana dakwah, tarbiyah dan aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam tajuk Islam yang sempurna yang sangat adil terhadap semua. Walaupun adanya kerjasama yang baik dan aman oleh pihak Ikhwan dalam kerajaan bagi membuat perubahan selepas tentera mengambil alih kerajaan Mesir dan sehingga Ikhwan Muslimin bersama membebaskan Mesir daripada tentera British dan pembebasan Terusan Suez. Maka kerana takut dan dengki terhadap pengaruh Ikhwan di kalangan terbesar rakyat, maka satu drama bohong...

Saturday 27 July 2013

Kafarah Dosa Buat Hamba.

Sakit Yang Menghapus Dosa

Di bulan yg mulia ini kita sering di uji dengan dugaan dariNya..sakit perut,sakit kepala dan sakit badan..separuh hari hanya terlantar di atas tilam berteman minyak yuyi cap limau sambil melayan kesakitan yg dialami sambil mencongak-congak untuk terus beribadah puasa atau batalkan saja ...senak,pening,sakit perut memulas-mulas dan keluar masuk tandas..tapi sabar melayan sakit ,macam rugi untuk batalkan puasa sedang dah bangun sahur,bertahan lah diri dgn sabar...sabar...sabar...

Ramai antara kita yang sering di uji dengan pelbagai jenis penyakit, maka sibuklah berjumpa doktor dan menelan ubat ber'tablet'...berharap doktor yang ditemui

KENAPA MAHATHIR MASIH MENJADI PENASIHAT PETRONAS ?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar)berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu


“Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan

Friday 26 July 2013

Hadith

 Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh

Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah.




Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda,“Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai

Thursday 25 July 2013

Tawaran Pohon Kurma Di Syurga Buat Abu Dahdah Sahabat Nabi.

KISAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W - ABU DAHDAH

Jika kita membaca kisah-kisah akan tindakan dan perbuatan para sahabat Rasulullah saw, maka kita akan menemukan banyak sekali perbuatan mereka yang mencerminkan ketaatan para sahabat kepada Allah SWT dan RasulNya. Bahkan, mereka tidak berfikir dua kali untuk mentaati perintah tersebut, meskipun harus mengorbankan harta, atau bahkan nyawanya sekalipun. Bandingkan dengan kita sekarang ini. Kita sering memikirkan untung ruginya saat harus mengeluarkan sedikit harta kita di jalan Allah SWT.
Beberapa kisah berikut ini dapat kita jadikan renungan dan teladan dalam membelanjakan harta kita di jalan Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an:

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan

Doa ditolak atau diterima ?

DOA ditolak atau diterima?

"Berdo'alah kepada-Ku, niscaya
akan Kuperkenankan bagimu ….(Surah Al Mu'min: 60)
Bismillah....
dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Aku menulis kerana-Mu...........
Ramai manusia berdoa setiap hari.Bagi manusia yang menunaikan solat lima waktu setiap kali membaca Fatihah,sudah pasti berdoa “Tunjukilah kami jalan yang lurus......”bagi yg tidak solat,sudah tentu tidak mendapat doa...
Ramai mengeluh “Mengapa aku berdoa

Wednesday 24 July 2013

Kisah Nabi Yunus a.s Dan Ikan Nun

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.

Kisah Nabi Nuh

Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.

Majlis Tazkirah

Malam ini terawih bersama Ustaz Zahidi  merupakan mudir Madrasah Raudatul Ulum Kg Ulu Rening Batang Kali ,selangor..Markaz juga jemput ustaz menyampaikan tazkirah.Ustaz merupakan guru yg selalu mengajar di markaz sebulan sekali.Kitab Hidayatu salikin.
Semoga sekelian kita murid-murid beliau jemput datang sama.Bg yg sudi menyumbang untuk madrasah ustaz boleh bawak duit @ masuk kan jer terus ke a/c CIMB 12430 0000 080202

Tuesday 23 July 2013

Panduan kepimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

http://www.blogtokguru.com/panduan-kepimpinan-menghadapi-cabarang-perjuangan-islam/
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10)
Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.
Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.
Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.
Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.
Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.
Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan...

Sunday 21 July 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu

Kisah Duit Syiling dan Batu 

TINGG!!!... 

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

TINGG!!!... 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Selamat Berpuasa....

dari - King Jason

Tuesday 16 July 2013

Menyampai Sumbangan.

Salam Ramadhan..atas rasa keprihatinan jemaah, kutipan derma telah dibuat untuk keluarga En Safri Yusof kerana anak beliau menghadapi masalah jantung.Dimaklumkan satu pembedahan akan dibuat terhadap anak beliau.Pihak IJN memaklumkan bayaran pembedahan mencecah rm20ribu lebih lagi. Atas iniseatif ketua cawangan Pas Berop membantu meringankan beban ahli maka kutipan derma telah dilancarkan .
Hasil sumbangan ahli jemaah satu majlis ringkas telah dibuat.Hasil sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Daud Hussin.Sekiranya ada kalangan anda yg prihatin dan sudi menderma ianya masih dibuka dan kami sangat-sangat mengalu-alukannya.

Sunday 14 July 2013

Adakah anda memahami bacaan dalam solat?

Salam.. Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut dan ia dapat menjadikan seseorang itu lebih kusyuk dalam solatnya apabila dia memahami apa yang dibacanya. Tapi adakah semua umat Islam yang solat mengerti apa yang dibacanya dalam solat? Mungkin sewaktu kecil kita didedahkan dengan bacaan dalam solat dan maksudnya, tapi seperti biasa, kebanyakan dari kita akan mengahafal bacaan arabnya dan tidak menghafal maksudnya. Jadi mulai sekarang marilah sama-sama kita mengerti bacaan dalam solat yang kita lakukan setiap hari.
1. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
2. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
3. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
4. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
5. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
6. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku,

Friday 12 July 2013

Ustaz Mohd Amar | Kuliah Jumaat


Mesir : Antara Morsi , Israel dan Rumah Putih

Mesir: Antara Morsi, Israel dan Rumah Putih

Faiq Khalifa,08 Jul 2013
Sungguh terkilan melihat orang yang mewajarkan penggulingan Presiden Dr Mohamed Morsi melalui kudeta tentera. Ada yang malah bergelar "bapak ustadz", namun telahannya berkenaan peristiwa yang berlaku di Mesir kini tidak mencerminkan kepintarannya selaku orang alim. Mereka berhujah tindakan tindakan yang diambil oleh Dr Morsi semasa menjadi presiden adalah punca rakyat Mesir bangkit menentangnya dan pihak tentera Mesir hanyalah menjalankan tanggungjawab mereka dengan melindungi dan mengembalikan "hak" rakyat. Maka menafikannya sebagai kudeta. Mereka seolah olah percaya bahawa pihak tentera Mesir adalah neutral, tidak berkepentingan dan bersih dari dosa dan najis politik dalaman Mesir. Sungguh melucukan. Antara tuduhan yang dilemparkan mereka terhadap Morsi adalah beliau bersikap damai dengan Israel dan Amerika sedangkan bersikap keras terhadap kerajaan muslim Syria dengan mengisytiharkan jihad terhadap kerajaan Assad. Mereka menyelar tindakan Morsi menutup kedutaan Syria di Kaherah, akan tetapi tidak pula menutup kedutaan Israel. Mereka mengatakan Ikhwanul Muslimin berjinak jinak dengan yahudi akan tetapi tega memerangi kerajaan orang Islam Syria, seolah olah mereka baru tiba dari planet Marikh dan tidak mengetahui khabar berita tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Sungguh menghairankan mereka yang melabelkan diri mereka sebagai Ahlus Sunnah ini mengambil sikap yang begini pelik. Bertambah pelik apabila mereka mencemuh kepimpinan Morsi yang baru dipilih sebagai presiden tahun lepas kerana tidak mampu mengembalikan kestabilan ekonomi, malah menjadikan keadaan ekonomi lebih parah. Di sini saya akan cuba meredakan jerebu yang melanda otak pemikiran mereka sehingga pandangan mereka kabur dan tersisih dari kebenaran. Israel yang masih belum mengeluarkan sebarang reaksi terhadap penggulingan Morsi adalah antara pihak yang tersenyum lebar dengan perkembangan terkini negara jiran mereka itu. Akhbar akhbar Israel secara terang terangan menyatakan kegembiraan mereka terhadap pemberontakan puak sekular-liberalis yang menjatuhkan Morsi. Alasan mereka serupa, kejatuhan Morsi adalah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri serta percaturan politik Ikhwan yang tersilap langkah, menyebabkan rakyat bangkit memberontak, dengan pasukan tentera “terpaksa” bertindak. Skrip media Israel dan Barat inilah yang dijadikan pedoman oleh mereka yang mengutuk Morsi dan Ikhwan. Hakikatnya, pihak tentera lah yang menjadi teraju utama, didalangi Amerika dan Israel. Sudah menjadi pengetahuan umum, pihak tentera Mesir adalah belaan Rumah Putih. Pihak tentera lah yang mendesak hubungan intim dipelihara antara Kaherah, Washington dan Tel Aviv seperti yang dilaporkan oleh akhbar Israel Hayom: “The U.S. aid is designated for the Egyptian military, and it is the military officials who value the relationship with Washington and cultivate the relationship with Israel. The Israeli-Egyptian connection is kept mainly at a level of security coordination. Therefore, for Israel, a leadership made up of military generals is perhaps more approachable than a government led by a party with religious leanings.” Mungkin para pengkritik Morsi tidak mengetahui atau lupa bahawa Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir (SCAF) adalah merupakan pihak yang sebenarnya memegang tampuk kuasa di negara Arab yang mempunyai populasi terbanyak itu. Selain merupakan pasukan tentera terbesar di seluruh Timur Tengah dan benua Afrika, pasukan tentera Mesir juga memegang sebahagian besar ekonomi Mesir. Joshua Hammer menulis di dalam laporannya: “Under Tantawi’s (Commander-in-chief of the armed forces) stewardship, the military controls a labyrinth of companies that manufacture everything from medical equipment to laptops to television sets, as well as vast tracts of real estate, including the Sharm el-Sheikh resort where Mubarak owns a seaside palace. Robert Springborg, professor of national security affairs at the Naval Postgraduate School in Monterey, has called the Egyptian military “a business conglomerate, like General Electric.” Tantawi is effectively the corporate head of this empire, with command of as much as 40 percent of the Egyptian economy.”  Sepanjang sejarah moden Mesir, pihak tentera lah yang menentukan kuasa politik di Mesir, sehinggalah Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011. Sebelum Presiden Morsi, kesemua presiden mesir sejak penggulingan Raja Farouk adalah terdiri dari pegawai tinggi angkatan tentera, dinaikkan dan dijatuhkan dengan pengaruh tentera. Penggulingan Husni Mubarak pada 2011 tidak lain adalah kerana Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, diketuai Field Marshal Hussein Tantawi tidak bersetuju dengan hasrat Mubarak untuk mengangkat anaknya, Gamal Mubarak, sebagai penggantinya selaku presiden Mesir, walaupun setelah sekian lama Tantawi merasa terjamin dengan kerajaan Mubarak. Pemberontakan rakyat Mesir terhadap Mubarak hanyalah selaput luar yang membungkus perancangan tentera dalam percaturan politik Mesir. Mohamed ElBaradei, individu yang ingin diketengahkan tentera bagi menggantikan Mubarak, mempunyai hubungan intim dengan Rumah Putih selama menerajui IAEA, selain direstui Israel. Beberapa pertemuan antara ElBaradei dengan Tantawi sebelum Mubarak berundur serta jaminan ElBaradei terhadap pendirian neutral tentera mencerminkan hubungan rapat keduanya. “I think they know they are not equipped to run the country—a place laden with every sort of problem. They want to deliver the goods, and go back to the barracks.” “I have a gut feeling,” demikian jaminan ElBaradei. Hakikatnya, siapapun yang dilantik sebagai presiden, pihak tentera lah yang memegang tampuk kuasa serta sebahagian besar ekonomi Mesir. Maka ketika Morsi menjadi presiden Mesir pertama dari kalangan orang awam yang dipilih melalui undi pilihanraya demokrasi buat pertama kalinya di negara itu, seteru utamanya adalah pihak tentera. Tentera lah yang berkeras mahukan hubungan baik diteruskan dengan Amerika Syarikat dan Israel. Walaupun Morsi menutup kedutaan Syria di Kaherah dan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Assad, angkatan tentera Mesir bertegas untuk tidak mencampuri urusan dalaman Syria. Permusuhan Morsi dengan Israel yang terpaksa dipendam itu dapat dilihat apabila kedutaan Israel di Kaherah yang telah dikosongkan setelah diserang semasa pemberontakan 2011, masih belum diperbaiki dan belum dibuka sehingga kini. Hubungan rapat antara tentera Mesir dengan Amerika dan Israel adalah kerana bantuan kewangan yang diterima angkatan tentera dari Amerika setiap tahun berjumlah 1.3 billion dollar sejak 1987. Sejumlah 71.6 billion dollar telah dihulurkan oleh Amerika sejak 1948 sehingga 2011. Untuk tahun 2014, Presiden Obama meminta 1.55 billion dollar untuk Mesir, di mana 1.3 billion untuk angkatan tentera dan 250 juta dollar untuk sektor ekonomi Mesir, sebagaimana dilaporkan di dalam laporan kongres Amerika Syarikat bertarikh 27 Jun 2013, selain menyebut: “With the President of Egypt hailing from the Muslim Brotherhood, some lawmakers and U.S. citizens are concerned that continued U.S. military aid and sales of U.S. equipment could be one day used by a government and military that is controlled by Islamist forces hostile to U.S. national security interests and to peace with Israel. Some opponents of U.S. military aid to Egypt may apply further scrutiny in the months ahead to proposed U.S. arms sales to Egypt financed by U.S. taxpayer dollars.” Maka itu, apabila Morsi dan Ikhwanul Muslimin, dipilih oleh rakyat Mesir selaku kerajaan yang sah melalui pilihanraya, ia menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat dan Israel. Justeru, kerana ‘dosa’ inilah, Morsi akhirnya digulingkan dengan jalan yang cukup licik, oleh pihak pihak yang berkepentingan. Inilah ‘dosa’ terbesar Morsi dan Ikhwan yang menyebabkan mereka disingkirkan, walaupun mereka membentuk kerajaan yang sah, menurut kamus demokrasi Amerika Syarikat. Tidak menghairankan, pihak Rumah Putih serta kerajaan kerajaan Barat, begitu enggan menamakan penggulingan mereka sebagai kudeta tentera. Malang sekali, ramai pula pihak yang terpedaya dengan sandiwara mereka. Dengan penjelasan ini, diharap dapat memadamkan kabus yang menutupi minda mereka mereka yang pantas mencela Morsi dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, tanpa terlebih dahulu meneliti situasi sebenar. Kita haruslah bijak menganalisa dan mencerna maklumat yang diperolehi, lebih-lebih lagi dalam hal politik dan geopilitik, sebelum kita membuat kesimpulan yang pincang. Penulisan ini saya tujukan khusus buat rakan-rakan yang sejak beberapa hari lepas, sangat pantas mewajarkan penggulingan Morsi dan Ikhwanul Muslimin. Saya bukanlah pendukung Ikhwanul Muslimin, malah saya tidak mempercayai sistem demokrasi yang diamalkan dunia hari ini, yang mana Ikhwanul Muslimin telah memilih untuk menyertainya. Namun, saya tidak boleh membiarkan tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap mereka, kerana ia bukanlah jalan perjuangan yang hakiki. Janganlah kerana mereka telah memilih manhaj yang berbeza untuk perjuangan mereka, maka kita pula bergelumang dengan fitnah terhadap mereka demi membuktikan kebenaran manhaj pilihan kita.

PUASA : NIAT PUASA DAN FISIOLOGI TUBUH

Puasa, niat puasa dan fisiologi tubuh.

Apabila anda berniat puasa automatically Sistem Saraf Pusat yang bertugas sebagai sensor itu menghantar mesej kepada sel-sel perut yang mengeluarkan cairan asid hidroklorik (pH 2) supaya tidak mengeluarkan produknya pada jam sekian-sekian. Asid hidroklorik berfungsi menentukan jumlah pengeluaran enzim pepsin (menghadamkan protein) dan rennin (menghadam lemak) dalam proses penghadaman. Cairan pepsin dan rennin disebut juga cairan gester. Niat telah menyekat rembesan asid hidroklorik. Sedarkah anda, dalam situasi biasa apabila anda mula berasa lapar/ teringin untuk makan (pada waktu kebiasaan anda makan – pukul sekian-sekian anda bersarapan pagi dan makan tengahari) sebabnya ialah kerana cairan enzim sudah mulai merembas masuk ke dalam sistem penghadaman. Ianya di bawah kawalan body clock; iaitu sistem semulajadi dalam diri yang mengontrol sikap semula jadi anda seperti bangun tidur anda dan lapar dahaga anda. 

Rupa-rupanya berniat berpuasa telah mengubah mekanisma tersebut. Ketika kita mula belajar berpuasa semasa kecil-kecil dahulu; ingatkah emak atau ayah mengingatkan supaya pasang niat sebaik selepas makan sahur (ketika kita mulai tarik semula selimut). Niat. Niat. Jangan terlupa niat; pesan emak. Tapi kenapa menjelang jam sepuluh pagi perut kita mula memulas dan lapar atau ulu hati terasa pedih. Sebabnya ialah kerana kita tidak memahami fungsi niat. Niat itu saja-saja – tidak sampai kepada....

Thursday 11 July 2013

Ramadhan, bulan membentuk generasi furqan


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,12 Jul 2013
Perutusan Ramadhan 1434H oleh YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Ramadhan: bulan membentuk generasi furqan

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: 

"..Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan juga menjadi furqan (menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah).."
 (Surah al-Baqarah : ayat 185).

Alhamdulillah, kita dipanjangkan nyawa oleh Allah SWT untuk terus bertemu dengan Ramadhan tahun 1434 Hijrah ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan dan nyawa yang berpanjangan ini merupakan nikmat yang sangat besar yang diberikan oleh Allah SWT sebagai ujian kepada manusia. Hanya manusia yang beruntung sahaja yang akan menggunakan kesempatan yang diberikan ini untuk melakukan amal soleh agar ia menjadi bekal yang terbaik untuk di bawa ke hadapan Allah SWT.

Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan kemuliaan. Ia bukan sekadar mengandungi ibadat puasa sahaja bahkan juga kelebihan-kelebihan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain. Justeru, seringkali saya mengulangi agar jangan disebut Ramadhan ini sebagai bulan puasa, kerana sebutan tersebut seolah-olah hanya mengiktiraf puasa sahaja sebagai intipati terpenting di dalam Ramadhan. Padahal di dalamnya terkandung juga kelebihan ibadat yang lain yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti membaca al-Quran, tarawih, infaq dan sebagainya.

Antara yang utama di dalam bulan ini ialah peristiwa penurunan al-Quran. Ia dicatatkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan dinyatakan bahawa tujuan

Saksikan suasana Solat Isyak 29 Sya'aban Di Masjidil Haram - Sehari sebelum menjelang Ramadhan 1434

Menjelang Ramadhan 1434. Kota suci Makkah sekali lagi menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia. Kelihatan dalam video ini pemasangan tempat tawaf bertingkat (Mataf) masih belum siap sepenuhnya. Khabarnya...

Wednesday 10 July 2013

BERSAMA MENIKMATI KEHIDUPAN SEDERHANA.

Lajnah Kebajikan PAS CAW BEROP TG MALIM  membuka peluang untuk anda semua yg sudi membantu golongan terbiar melalui kami. .Aktiviti sepanjang ramadhan akan kami teruskan dgn membantu golongan yg tak berkemampuan seberapa terdaya.Jika anda turut berhajat tetapi tiada masa, kami sedia memberi ruang buat anda,
hubungi kami di 013 591 0799 En Yusof @ terus menyumbang kedlm  a/c bank rakyat 2209 5113 6998 . Bersama menuju keberkatan.

Monday 8 July 2013

Ramadhan 1434

SALAM RAMADHAN...MALAM NI BERMULA  SOLAT SUNAT TERAWIH LAGI...YA ALLAH JADIKAN IBADAH PUASA KALI INI YG TERBAIK..ELAK DARI MEMBAZIR...RAJIN MEMBACA AL QURAN...BERSEDEKAH...BERZIKIR....QIAM DI MASJID...DAN PENUHI DIRI INI DGN IBADAH .....AMIN YA RABBAL ALAMIN.