Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Saturday 23 February 2013

Kisah berkat di sebalik membaca "Bismillahirohmanirrohim"


Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mau mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak berbicara dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata, "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang mengejutkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan sembunyi sembunyi suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkannya ke dalam sungai di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan. " Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu lalu membukanya dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. telah menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan duit itu lalu dia menyerahkan duit tersebut kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak mengerjakan sesuatu kerja.

Tuesday 12 February 2013

Majalah PURNAMA

YB Ahmad Baihaki, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan menunjukkan risalah keluaran Umno yang seakan-akan dengan risalah PURNAMA yang dikeluarkan oleh Penerangan PAS Negeri Kelantan dengan menerbitkan PURNAMO untuk mengelirukan rakyat 
sebelum ini akhbar selangorkini turut di terbitkan dengan bentuk yang sama bagi mengelirukan pembaca dgn fakta yg jauh beza dengan isue sebenar.

Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, SelangorKini adalah akhbar terbitan dua kali sebulan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi menyampaikan berita-berita perkembangan kerajaan negeri kepada raikyat Selangor.

Namun begitu ada yang berpandangan lain pula. Bagi mereka, tindakan Umno meniru akhbar kerajaan negeri ini melambangkan akhbar kerajaan negeri, Selangorkini berkesan kepada orang ramai.

"Apa yang mengejutkan, seorang menteri telah sudi ditemubual oleh wartawan akhbar palsu itu.

"Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya," jelas Haniza yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.

Tambahnya, hasil siasatan beberapa pihak, jelas menunjukkan isi kandungannya mengandungi fakta-fakta yang salah berkaitan Kerajaan Selangor dan diedarkan di rumah-rumah dan tempat-tempat awam.

Akhbar palsu Selangor Terkini yang diedarkan menggunakan logo Kerajaan Selangor dengan rekabentuk seperti akhbar Selangor Kini, jelas bertujuan mengelirukan rakyat dan memfitnah Kerajaan Selangor, ujarnya.
 Ternyata pihak yg tak bertanggungjawab sedang tenat hingga sanggup perbuat apa saja walaupun perkara sebegini menjatuhkan maruah parti .

Assalamualaikum
Ceramah Agama Bersama Ustaz Sidek Nor.
Pada 15/02/2013 jam 8 malam di Markaz Pas TgMalim Caw Berop.
Semua Dijemput Hadir.