Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Tuesday 12 November 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Al Firdaus Tg Malim


Pendidikan agama yang menjamin masa depan anak.

YANG ISLAM TAK SURUH ISTERI BERTUDUNG, YANG KERISTIAN TAK LARANG ISTERI BERTUDUNG

“Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya,” kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha’ Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

http://tenterasemutgerup.blogspot.com/2013/11/wanita-kelantan-menutup-aurat-tergerak.html
 — bersama Pakatan Harapan Rakyat dan19 yang lain.

Monday 4 November 2013

BN TEWAS DI DUN SG LIMAU

PAS kekal di Sungai Limau, majoriti merosot
YAN: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mengalahkan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Jumlah undi majoriti yang diperolehi PAS merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri AzizanAbdul Azizberjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman

Friday 1 November 2013

Satu Undi Untuk Bn Tanda Sokong Naik Harga Barang.


SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa satu undi untuk Umno-BN dalam PRK Dun Sungai Limau pada Isnin depan bermakna satu undi yang menyokong kenaikan harga barang.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru pengundi di Dun Sungai Limau membuat pilihan yang tepat untuk mencerminkan kemahuan mereka.

“... kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya. Kenaikan harga minyak, pengumuman GST dan banyak lagi isu lain membuktikan bahawa Umno-BN sebenarnya tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

“Justeru, pengundi-pengundi Dun Sungai Limau wajib membuat pilihan yang tepat bagi membuktikan bahawa rakyat tidak reda dengan kenaikan harga barangan seperti ini,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebook miliknya.

Semalam Sinar Harian Online memaparkan bingkisan dari blog zamkata.blogspot.com milik bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengungkapkan "memberikan undi kepada calon Pas di kawasan Sungai Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini".

Nik Aziz yang tidak menyentuh soal keutuhan gabungan itu dalam PR bagaimanapun mahu sokongan padu terus diberikan kepada calon Pas di Dun Sungai Limau.

Menurut Nik Aziz, memenangkan calon BN umpama penduduk di Sungai Limau menggadaikan maruah mereka.

"Sekali lagi saya merayu, kekalkanlah undi anda semua kepada Pas. Buktikanlah bahawa rakyat Sungai Limau tidak mudah dibeli dan disogok," ujarnya.
"Ingatlah, kejatuhan kerajaan Pas di Kedah telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman sendiri. Lihatlah apa yang berlaku di Insaniah, Kedah.

"Institut yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan Umno-BN dan diperkasakan oleh Almarhum Ustaz Azizan selaku menteri besar kemudiannya namun akhirnya menerima nasib yang malang di bawah kepimpinan baru kerajaan Kedah selepas pilihan raya umum yang lepas. Buatlah penilaian, adakah kerajaan Umno-BN berminat dengan pendidikan agama?," tambahnya lagi.
Malah ujar Nik Aziz, pengundi di Dun Sungai Limau wajib memilih Pas kerana ia sebuah parti yang benar-benar tulen dalam memperjuangan Islam.

"Apabila Umno meninggalkan Islam sebagai sebagai asas pemerintahan, keamanan tergugat, ketenteraman tiada dan keberkatan hidup hilang dari masyarakat.

"Pelbagai undang-undang diperkenalkan, namun tiada ertinya jika undang-undang ALLAH SWT diketepikan. Dengan Islam, hidup akan menjadi berkat, kedamaian Insya-ALLAH dapat dikecapi kerana setiap individu diikat dengan undang-undang yang datangnya daripada ALLAH SWT.

"Hari ini, saban hari kita bimbangkan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan akibat keamanan yang hilang di bawah pemerintahan Umno-BN," katanya lagi