Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Friday 1 November 2013

Satu Undi Untuk Bn Tanda Sokong Naik Harga Barang.


SHAH ALAM - Pas hari ini mendakwa satu undi untuk Umno-BN dalam PRK Dun Sungai Limau pada Isnin depan bermakna satu undi yang menyokong kenaikan harga barang.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru pengundi di Dun Sungai Limau membuat pilihan yang tepat untuk mencerminkan kemahuan mereka.

“... kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya. Kenaikan harga minyak, pengumuman GST dan banyak lagi isu lain membuktikan bahawa Umno-BN sebenarnya tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

“Justeru, pengundi-pengundi Dun Sungai Limau wajib membuat pilihan yang tepat bagi membuktikan bahawa rakyat tidak reda dengan kenaikan harga barangan seperti ini,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebook miliknya.

Semalam Sinar Harian Online memaparkan bingkisan dari blog zamkata.blogspot.com milik bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengungkapkan "memberikan undi kepada calon Pas di kawasan Sungai Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini".

Nik Aziz yang tidak menyentuh soal keutuhan gabungan itu dalam PR bagaimanapun mahu sokongan padu terus diberikan kepada calon Pas di Dun Sungai Limau.

Menurut Nik Aziz, memenangkan calon BN umpama penduduk di Sungai Limau menggadaikan maruah mereka.

"Sekali lagi saya merayu, kekalkanlah undi anda semua kepada Pas. Buktikanlah bahawa rakyat Sungai Limau tidak mudah dibeli dan disogok," ujarnya.
"Ingatlah, kejatuhan kerajaan Pas di Kedah telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman sendiri. Lihatlah apa yang berlaku di Insaniah, Kedah.

"Institut yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan Umno-BN dan diperkasakan oleh Almarhum Ustaz Azizan selaku menteri besar kemudiannya namun akhirnya menerima nasib yang malang di bawah kepimpinan baru kerajaan Kedah selepas pilihan raya umum yang lepas. Buatlah penilaian, adakah kerajaan Umno-BN berminat dengan pendidikan agama?," tambahnya lagi.
Malah ujar Nik Aziz, pengundi di Dun Sungai Limau wajib memilih Pas kerana ia sebuah parti yang benar-benar tulen dalam memperjuangan Islam.

"Apabila Umno meninggalkan Islam sebagai sebagai asas pemerintahan, keamanan tergugat, ketenteraman tiada dan keberkatan hidup hilang dari masyarakat.

"Pelbagai undang-undang diperkenalkan, namun tiada ertinya jika undang-undang ALLAH SWT diketepikan. Dengan Islam, hidup akan menjadi berkat, kedamaian Insya-ALLAH dapat dikecapi kerana setiap individu diikat dengan undang-undang yang datangnya daripada ALLAH SWT.

"Hari ini, saban hari kita bimbangkan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan akibat keamanan yang hilang di bawah pemerintahan Umno-BN," katanya lagi

No comments:

Post a Comment