Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Sunday 1 December 2013

Laporan audit dedah peningkatan kos RM12.6 juta bina kompleks IPKBN


OLEH EILEEN NG
DECEMBER 02, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 02, 2013 12:43 PM
Pendedahan terbaru mengenai salah urus kerajaan, pada ketika Putrajaya meluaskan kutipan hasil dengan memperkenalkan sistem cukai baru, Ketua Audit Negara mendapati kelewatan pembinaan kompleks Institut Pengurusan Krisis dan Bencana Negara (IPKBN) menyebabkan peningkatan kos sebanyak RM12.65 juta.
Kos asal pembinaan kompleks IPKBN adalah RM77.59 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 juga mendapati surau dan kelab rekreasi Kompleks Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) tidak digunakan dengan optimum dan kekurangan air dan tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik yang sempurna.
Laporan itu juga mendapati Perakuan Siap Kerja (CFC) dikeluarkan walaupun terdapat kerja yang masih belum disempurnakan dan projek yang merangkumi tiga fasa itu.
Fasa 1 dan 2 sudah disiapkan pada 2009 dan 2010 manakala fasa 3 tidak dapat disiapkan kerana tidak mempunyai dana mencukupi.
Smart ditubuhkan oleh Kabinet pada Mei 1994 di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini merupakan bahagian akhir 3 siri Laporan Ketua Audit Negara 2012. Laporan pertama dan kedua sudah dikeluarkan pada awal Oktober.
Ketua Audit Negara mendapati peningkatan kos kontrak berlaku disebabkan perancangan lemah Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap reka bentuk dan skop kerja, keadaan luar jangka di tapak pembinaan dan masalah kenaikan harga bahan binaan. – 2 Disember, 2013.