Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Monday 28 January 2013

MAULIDUR RASUL

MAJLIS MAULIDUR RASUL
PAS TgMalim Caw BEROP 1434 hijrah

Asalamualaikum buat semua.Pada 27/jan/2013 satu majlis telah diadakan
di Markaz Pas Tg Malim caw Berop dimana semua jamaah sekitar Tg Malim
telah hadir dengan begitu meriah sekali.Majlis di mulai dengan selawat nabi dr 
jam 7.00 petang sambil menanti azan maghrib masuk.Selawat nabi d pimpin oleh
ustaz Taj Rizal dan anak-anak tahfiz yg di datangkan dari Tmn Bernam dan anak
anak Yatim Darul Mahabbah Tg Malim.Pada petang nya hujan renyai-renyai.

setelah selesai solat maghrib jamaah turut buat sedikit tahlil ringkas dan satu 
majlis berselawat yg di pimpin anak-anak yatim Darul Mahabbah.

setelah itu anak-anak dr Mahad Tahfiz ini  memperdengarkan bacaan Al quran 
kami semua telah bersolat Isyak berjamaah.
Oleh kerana Hidangan telah disediakan oleh sekelian ahli jamaah membawa makan
sedikit-sedikit.Hasilnya cukup banyak.Pelbagai juadah telah terhidang..






SELESAI MAKAN
satu lagi majlis tazkirah sempena memperingati jerit perih perjalanan
dakwah Rasulullah dan kesah tauladan yg sepatut nya kita sbg umat
akhir zaman ambil sbgai pengajaran.
   
Majlis Tamat Jam 11.00 malam

Sunday 20 January 2013

  • Pemimpin itu mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Tanya diri kita adakah riwayat hidup dan tingkah laku pemimpin pilihan memimpin jamaah Islam yang boleh diambil contoh?

    Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria,sombong,sabar,jaga perasaan orang lain,kawal percakapan dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji,sering berbaik sangka dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
      Ramai org yg nampak hebat dr sudut ilmu, hujahnya bernas, ideologinya kemas, pemikirannya superb..namun tiada nilai jika solatnya bermasalah, akhlaknya menyakitkan orang...
    Ilmu yg tak beri kualiti pd solat, hujah bernas yg tak mendidik akhlak, jika menghadap Allah tak jaga..apatah lagi dgn manusia....
  • Agama islam mahu pemimpin itu mestilah seorang muslim yg benar-benar menghayati amanah islam.“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.
  • Mana-mana orang Islam yang diberi kuasa atau peluang untuk melantik pemimpin atau menentukan pimpinan di kalangan umat Islam, maka mereka hendaklah melihat dan mengambil kira ciri-ciri di atas dalam menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin mereka. Mengabaikan ciri-ciri di atas dalam pemilihan pemimpin akan memberi satu kesan yang buruk kepada masa depan Islam dan juga umat Islam. Melantik pemimpin-pemimpin yang tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai khalifah atau bersifat fasiq, zalim dan fujur atau tidak memiliki kelayakan ilmu, intelektual dan fizikal untuk memerintah bererti mendedahkan umat Islam kepada pelbagai kerosakan dan penyelewengan dalam kehidupan duniawi dan agama mereka.
  • Usrah minggu ini membincangkan peri pentingnya pemimpin mestilah terdiri dari kalangan orang yg ikhlas,sabar dan sangat super sabar seperti yang Rasululah saw telah tunjukan seperti yg kita semua tahu kesah hidup Rasululah yg di hina,di lempar najis,di cerca dan sebangainya namun atas sifat super sabar Rasululah saw memaaf dan berbuat baik pula kepada musuh-musuhnya.Hingga ada riwayat menyatakan Rasulullah saw berkunjung pula kpd mereka yg menyakiti Rasululah saw.
  • Naqib telah membuka ruang agar ayat Fuslillat 33/34 difahami oleh jamaah semua betapa sifat ini di perlihatkan oleh Allah swt mahu difahami kita perlukan sifat ini untuk menawan musuh.
  • Ditambah lagi oleh Ketua Dewan Ulama Kawasan Tuan Guru Hj Baharudin yg turut hadir dengan pengisian yg panjang tentang sifat sabar ini.Pemimpin perlu memberi contoh dlm menerajui jamaah supaya berakhlak mulia dengan menjaga adab,peri laku,percakapan agar tidak menyinggung sahabat dalam jamaah mahu pun musuh agar tercermin kepimpinan yg baik.
  • Kemenangan islam bukan atas kemenangan individu tetapi akhlak kepimpinan yg memenangkan sifat agama islam itu
  • Majlis usrah minggu ini di sudahi dgn nasihat dewan ulama agar ahli semua memiliki sifat terpuji agar musuh tertawan dgn indahnya islam.
Wasalam.


Saturday 19 January 2013

Satu Program Lawatan 
Ke Kampung-kampung sekitar DUN BEHRANG
memberi risalah maklumat semasa .





Lawatan ke kampung-kampung tradisional sgt menyulitkan
kerana kebanyakan penduduk berada di luar daerah
dan cuma ayah-ibu dan sebahagian kecil masih bermastautin 
di kampung-kampung.
sambutan bg ayah dan ibu2 di sini mesra dan baik.
mereka sgt faham akan kedatangan kami.
Syukur kerana mereka sgt faham akan situasi sekarang yg
memrlukan satu perubahan yg drstik untuk mengatasi 
kemelut ekonomi yg perlahan.Getah turun harga.susah
lah nak hidup dlm keadaan kos yg tinggi..
PERUBAHAN YANG DI TUNGGU-TUNGGU..
PAKATAN RAKYAT PILIHAN TEPAT.

Friday 18 January 2013

Kuliyyah Sesi 2
bersama  Ustaz Tarmizi Abd Rahman

Tauhid uluhiyah



kuliyyah pagi ini bertarikh 19/01/2013

majlis kuliyyah dhuha hari ini bermula dari seawal 9.30 pagi
bermula dengan kuliyyah yang disampailkan ustaz Hazuanudin
membincangkan bab akhlak muslimin masa ini,mengenai anak




yg bakal mewarnai masa depan.
Ibubapa harus ambil peranan yg lebih kuat lagi 
kerana cabaran masa depan yg lebih hebat dengan 
perubahan sifat akhlak anak-anak mengikut rentak 
globalisasi .Media telah mewarnakan corak hidup anak
sama ada jadi yahudi atau marjusi.
Carilah ilmu yang bermanfaat yg boleh menguatkan iman
kerana hanya dengan islam mampu mengawal samada
anak-anak kita berakhlak islam.

wasalam 
   Ustaz Tarmizi Abd Rahman
kuliyah 



USTAZ TARMIZI ABD RAHMAN

KULIYAH DHUHA
KITAB: IMAN, RUKUN HAKIKAT DAN PEMBATALAN IMAN

pada setiap Sabtu  Minggu ke 3 dan Minggu ke 5
di
MARKAZ PAS CAW BEROP
di DATARAN BEROP TG MALIM PERAK

Monday 14 January 2013

malam usrah dan majlis tahlil arwah di MARKAZ PAS CAW BEROP 

 malam usrah 
 Naqib sedang membincangkan kepentingan persaudaraan dlm jamaah
 anak-anak yatim yg turut hadir dlm majlis tahlil/usra
 bacaan doa 
 tazkirah
 meraikan anak-anak yatim
 selera sungguh menikmati berani gam kambing 
 air tebu /oren mmng kanak-kanak suka
 makan berjamaah
turut hadir Ketua Cabang PKR Tanjung Malim bersama dgn Pengarah MTD Behrang 
 pak yusof dgn ketua caw pas berop Ust Daud Hussin
 jamaah wanita pas berop tg malim
 munajjat
 bakal calun di aju soalan 
 sajian di sedia hj ridhuan catering
Alhamdulillah 
majlis usrah malam ini turut dihadiri oleh Bakal Calun ADUN Behrang Major (b) Kamal merupakan Ketua cabang Tg Malim (PKR)yang di iringi Ustaz Daud Hussin Pengarah MTD DUN Behrang merangkap Ketua cawangan PAS Berop.

usrah malam ini berkongsi buah fikiran dan dlm meniti hubungan persaudaraan antara ahli dan kepentingan agama dlm kehidupan.sejarah lampau telah membuktikan kegigihan dan kefahaman islam amat penting untuk melahirkan negara yang mendapat keberkatan.

mengulas akan kepentingan kefahaman terhadap tanggungjawab setiap individu muslim untuk meletakkan islam ditempat sebenar mesti dengan jalan yang telah di tunjukan Rasulullah saw.

Islam yang tinggi wajib bg setiap umat islam yakin akan kemampuan agama mentadbir dunia ini menurut Alquran dan jalan sunnah wajar di praktikan oleh setiap individu muslim.

naqib seterusnya ucap tahniah dan syabas atas kegigihan ahli jamaah yang turut sama ke #HKL112 mengharungi kepayahan untuk sama-sama menzahirkan kebencian kepada kezaliman kerajaan sekarang BN yang wajar di tumbangkan.

Saturday 12 January 2013

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=vDps0iTHRy4#t=56shttp://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=vDps0iTHRy4#t=56s
sekitar stadium merdeka...persimpangan untuk masuk stadium penuh padat..
 UNIT AMAL MENGAWAL KELANCARAN HIMPUNAN
 SEKITAR PROTES KEMARAHAN RAKYAT
 LANGKAH-LANGKAH KE STADIUM
 LAUTAN MANUSIA
 MEMPROTES PEMBOROSAN HARTA RAKYAT
 TEMUI PIMPINAN KAWASAN
 UCAPAN PIMPINAN MENGISI PERHIMPUNAN

sekitar #HKL112 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Sunday 6 January 2013

Taqwa dan Al-Quran






Salam.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Saudara saudari pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

sejauh mana nikmat yang kita dapat sehari-hari, kita tukarkan dan jadikan ia sebagai amal soleh?? Ini persoalan pertama yang pengkuliah tadi bukakan..

KEPENTINGAN TAQWA

Apa penting taqwa? Firman Allah yang bermaksud,

Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa...

Mulia...

Orang yang beriman dan bertaqwa akan menjadi mulia di sisi Allah dan juga di sisi manusia.
Setiap dari kita nak menjadi bertaqwa.. betul atau tidak.??
Setiap dari kita nak masuk syurga.. betul atau tidak??
Setiap dari kita nak berjaya di dunia dan akhirat??

Nak masuk syurga mesti kena jadik bertaqwa.. dan orang yang bertaqwa akan disayangi dan dirahmati Allah.. Jadi, dia akan dapat syurga.. Sesungguhnya ALlah tidak memungkiri janji..Banyakkan mohon ampun dengan Allah sbb bnyk buat dosa....istigfar paling kurang 200x sehari...nak dpt taqwa kena tunduk ngaku salah ...

Jadi, persoalannya, bagaimana kita nak jadi manusia bertaqwa??

MODUL ORANG BERTAQWA

 Al-Quran..

Ya. Ini lah modul yang kita mesti pegang.. Firman Allah dalam surah Albaqarah ayat 2,

Inilah Kitab, yang tidak mempunyai keraguan padanya, PETUNJUK bagi orang yang BERTAQWA..

Tidak lain tidak bukan hanya satu jalan, panduan, untuk menjadi org bertaqwa adalah Al-Quran..

Sekarang mari kita muhasabah diri setakat mana KOMITMEN kita terhadap Al-Quran??

1- Kemahiran membaca

Tanya balik pada diri kita sendiri, kita nilai sendiri, menggunakan skala 0-10, takat mana kemahiran kita membaca Al-Quran??

Firman ALlah dalam Surah Muzzammil : Ayat 4 : ((Dan hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan Tartil))

Jika OK, soalan kedua ;

2- Memahami Al-Quran

Firman Allah dalam surah Muhammad : 24 : Maka apakah kamu tidak mentadabbur Al-Quran atauka hati mereka terkunci?

Sejauh mana kita sudah memahami isi kandungan al-Quran?? Boleh tanya diri sendiri.. Semua orang membaca buku mesti tujuan dia nak tahu dan faham apa yang buku tu cerita..
Org baca surat khabar sebab mesti dia nak tahu apa berita terbaru...
Dan ada satu kajian, antara banyak2 buku dan kitab org baca, apakah buku yang mereka baca tapi tak faham...

Itu sudah tentu al-Quran.. Sebenarnya kita baca Quran tapi kita x faham pun, dan tahu pun apa yang Al-Quran tu cerita.. termasuklah saya sendiri..

Soalan ke-3 - Beramal dengan Al-Quran

Sejauh mana kita telah beramal dengan kandungan Al-Quran..
selalunya kita guna quran masa bila??
Masa ada org mati.. kan? baru nak baca untuk si mati.. Walhal Quran itu sebenarnya untuk org yang masih hidup..
Bila kita baca Isti'azoh?? atau Auzubillah.. ? Bila nak mula baca quran.. kan?
Sebenarnya, bukannya masa kita nak baca quran je yang syaitan nak kacau.. masa lain pun syaitan kacau.. kan..

Jadi, bila kita nak masuk suoermarket lah katakan, ada x kita baca Auzubillah.. mintak berlindung dengan ALlah..

mesti x.. sebab saya pun x baca.. :0 itu sebablah bila kita masuk pasaraya je, kita beli apa yang kita x nak beli pun.. membazir seja.. dan Membazit itu sahabat syaitan..

Subhanallah... dan satu lagi, bila tengah drive orang hon kita, dan kita seringkali akan mengucapkan benda nie. stupid la..dll dan caci maki org yang hon kita tu.. walhal org tu bukannya dengar pun kita kata kat dia.. Kita aja yang sakit hati.. Bila dalam keadaan tu,

kita kena baca Innalillahi wainna ilaihi rajiuun...

bukannya bila orang mati sahaja kita kena sebut tu.. Ustaz tu bantai sungguh..semua berasa..huhu

dan last sekali yang ke-4 Ajarkan, Sebarkan ilmu dalam Quran tersebut..

Kita ini khoiru ummah, mengajak org kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,,,


BACKUP

 Tetapi sesungguhnya, ustaz tu kata, setakat mana pun level kita dalam memahami, amal, dan sebar al-quran, Allah tak nilai benda tu.. Allah nak tengok kesungguhan kita dalam melaksanakan benda2 nie...

Usaha kita nak pergi belajar baca quran, usaha kita pergi dengar tafsir Quran, dan usaha kita menyebarkannya...

Firman ALlah : Dan perbaikilah diri kamu, sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang memperbaiki dirinya...

KESIMPULAN..

ustaz memberi saranan supaya kita menghafaz AL-Quran.. apabila kita menghafaz Al-Quran, 30 juz, InsyaAllah, sehari-harian kita akan penuh dengan al-Quran. Setiap masa ingat Allahh. sebab sentiasa baca Quran.

Hati ALQuran. Firman Allah, (Wahai org2 beriman, ingatilah Allah dengan sebanyak-banyaknya)

(Ingatilah aku, nescaya Aku ingat kamu, dan bersyukurlah dna janganlah kamu kufur) 

di Markaz kita ada bnyk program sebegini di buat untuk di isi oleh kita 
maka dtg lh,bertanya lh,hubung lh untuk diri kita juga...

Salam..