Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Tuesday 1 January 2013









Alhamdulillah..sesi persekolahan 2013 telah bermula.Pada hari ini Pasti Al Firdaus Tanjung Malim telah memulakan sesi untuk tahun ini dengan pendaftaran yang memberansangkan.
 Anak-anak kita dari umur 5 tahun dan 6 tahun telah mula kembali menyambung belajar sambil bermain mengikut silibus pasti yang mengasuh,mendidik dan melatih anak anak ini untuk terdidik dengan asas pendidikan acuan kehendak islam.
 Bagi anak-anak 4 tahun pula ini lah masa yang menyeronokkan mereka dalam satu dunia baru.Dengan pakaian baru,beg,kasut,buku juga kawan-kawan baru.Pelbagai ragam yang menyeronokkan dan ada juga yg sedih terpaksa berpisah sementara dari ibubapa.Masa anak-anak ini di Pasti Al Firdaus dari seawal 8 pagi hingga 11.30 pagi waktu pembelajaran dan selepas waktu pagi ada d sediakan khidmat transit untuk ibubapa yg bekerja dan asuhan hingga waktu petang.
Tenaga pengajar di Pasti Al Firdaus seramai 3 orang guru dan seorang pembantu yang terlatih. Untuk sesi tahun ini seramai lebih 50 orang anak-anak telah mendaftar.Anak-anak di tahun 5 antara yang paling ramai.
Bagi Anak-anak yg telah mendaftar di sini berpeluang mendapat diskaun untuk belajar di kelas pengajian Al Baghdadi.Tawaran ini untuk kemasukan bulan Februari.

Kami di pasti Al Firdaus Tg Malim ber syukur atas kesedaran ibubapa mendaftar disini dan
merasakan anak-anak perlu dibimbing dengan asas pendidikan islam untuk masa depan mereka.

Pasti Al Firdaus  Tg Malim berharap agar anak-anak  yg diasuh mampu menjadi individu yang cemerlang dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.
Kepada mereka yang masih belum mendaftar disini datang lh untuk kita sama-sama mempastikan kejayaan anak anak kita, PASTI AL FIRDAUS mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka berjaya dalam mengharungi cabaran masa depan yang sungguh mencabar..
Untuk pengetahuan PENDAFTARAN MASIH DIBUKA bagi anak-anak yang berumur 4tahun.Boleh datang terus atau hubungi 0195142399/ 0124576045 /017 2344601 untuk keterangan lanjut.

   


No comments:

Post a Comment