Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Saturday 26 July 2014

Kad Ucapan 2014


Ucap Selamat Hari Raya 2014


"Taqabballahu Minna wa Minkum"

Selamat menyambut hari raya eidul fitri pada semua ,sahabat handai,jauh dan dekat ...
Mohon maaf segala kesalahan,mohon di tegur sebarang kesilapan. 
Semoga kita semua di dalam keberkatan...
Aamiin.

Friday 7 March 2014

Kassim Ahmad Di Kunjungi Tetamu Istimewa

Kassim Ahmad Di Kunjungi Tetamu Istimewa.. Saksikanlah

Zamihan Khan sempat tunjuk isyarat

Kassim Ahmad dikunjungi ramai kenalan dan taulan ketika mengalami masalah kesihatan. Berikut adalah antara gambar kenangan yang sempat dirakam dalam kunjungan rakan-rakan dan sahabat handai beliau.

Kassim Ahmad dan pengangan beliau terhadap Islam mendapat kritikan ramai. Beliau adalah antara individu yang menolak hukum yang menetapkan bahawa hijab itu wajib bagi wanita Islam. Beliau mendakwa tidak ada perintah berhijab atau menutup rambut terdapat dalam Al Quran.

Selain menolak hukum menutup rambut sebagai wajib ke atas wanita Islam, Kassim Ahmad juga berfahaman bahawa shahadah kedua umat Islam adalah mendewa-dewakan Nabi Muhammad dan ulama adalah tiruan sistem kasta paderi kristian.

Mungkin ini tujuan Zamihan Khan bertemu Kassim Ahmad..


~gendang perang


Addin:

Nauzubbilah.. pelbagai usaha dibuat bagi menyelamatkan akidah beliau namun tidak berjaya. Moga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman..

Sunday 9 February 2014

Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang' - Dzulkefly Ahmad.



Ahad, 09 Februari 2014.

Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang' - Dzulkefly Ahmad.


“Rencana Kajang” adalah sangat rumit untuk diringkaskan namun saya akan cuba membuat penerangan dan kalau baik menjadi pencerahan dan kalau tidak menambah keharuan. (Baca penulisan saya tentang pohonan maaf tidak menulis secara lebih lengkap).

2.Saya sedar dengan pelbagai risiko dikecam, paling tidaknya sebagai ‘apologist’ PKR. Demi misi perjuangan yang disepakati - ‘Menegakkan Kebenaran dan Keadilan serta Meruntuhkan Kebatilan serta Kemungkaran,’ saya teruskan.

3.Berbeza dengan naratif terperinci yang lebih detail yang belum boleh saya terbitkan atas sebab telah saya terangkan dalam penulisan sebelum ini, ringkasan ini hanya mampu menggariskan beberapa nokhtah penting.

4.“Rencana Kajang” (RK) adalah cetusan pemikiran sekumpulan ‘think-tankers’ bagi mendepani cabaran situasi yang kian menekan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Walau saya tidak sebahagian dari team itu dan rasa ‘terkilan’ tidak dilibatkan bersama ‘mencetuskannya’, saya cuba secara objektif menilainya kini.

5.Ada yang cuba menyifatkan dan membandingkannya dengan ‘precedent’ politik terdahulu seumpama dalam kes perletakkan jawatan seorang Menteri Umno-BN (Ahli Parlimen) untuk bertanding kerusi DUN bagi laluan untuk diangkat menjadi MB.

6.RK tentunya mempunyai perhitungan yang berbeza dan punya kelainan latarbelakang dan tidak perlu mengambil insiden terdahulu sebagai ‘precedent’.

7.Mungkin sebab ada yang membaca tindakan politik ini hanya dalam ruang-lingkup cakupan “Real Politik” sahaja, maka ada membuat rumusan bahawa ia salah kerana sebab menghabiskan wang rakyat dan merugikan rakyat. Penulis mahu berbeza pandangan.

8.Penulis mahu mengungkapkan RK sebagai satu ‘Forward Defence’ atau satu ‘Pre-Emptive Attack’ dalam bahasa strategi, apabila jelas bacaan politik seluruhnya (terdahulu, terkini dan mendatang) mengisyaratkan satu unjuran (prognosis) yang mengancam dan menggugah keutuhan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

9.Bagi penulis, kemuncak tujuan atau ‘Matlamat Strategik’ RK ialah: Satu pendekatan bagi mempastikan bukan sahaja negeri Selangor dapat ‘Menangkis Serangan’ seterunya bahkan akan terus dilonjakkan menjadi ‘Negeri Pelopor dalam Persekutun Malaysia“ atau “The Leading State of the Federation”.

10.Dari kedudukan Selangor sebagai ‘Iconic State’ atau ‘Negeri Ikon atau Negeri Contoh’, Pakatan terus mahu diberi ‘mandat rakyat’ mengurus Putrajaya sebagaimana Pakatan mentadbir Selangor.

11.Maka kecemerlangan Selangor akan menjadi hujjah dan bukti bahawa Pakatan bersedia untuk kini mengangkat negara pula supaya berada dalam “Liga Negara yang dihormati dan Maju”.

12.Penulis secara ilmiah mahu melihat ‘Rencana Kajang’ ini dari perspektif “Political Islam” dan ‘Siyasah Syar’iah’- (bukan sekadar langkah rencana ‘Real Politik’). Dalam bahasa ‘Fiqhus Siaysah’nya, ia adalah ‘bacaan politik menyeluruh’ (Al-Istikraq) yang lantas menuntut, antara lain, supaya diambil tindakan yang bersifat “Menutup pintu-pintu Kemudharatan” (Sadda Dzari’ah) yang terkadangkali membawa kepada risiko sebaliknya, yakni “ Membuka Pintu-Pintu Kemudharatan (Fathul Dzari’ah)”. Namun ia wajar diharungi bagi kemaslahatan yang lebih besar.

13.Penulis mengandaikan pembaca memahami serta mengikuti bagaimana seteru atau lawan politik telah pun dan terus akan menyerang negeri ini dengan pelbagai kaedah dan penjuru. Pertentangan agama atas isu Kalimah Allah semakin sengit dan api perkauman saja ditiupkan oleh unsur-unsur ekstremis dan pelampau.

14.Mereka tidak segan silu mengheret institusi Sultan meskipun pun semua warga tahu bahawa negara mengamalkan “Raja Berperlembagaan”. Isu-isu yang lain seperti isu migrasi air dan pentadbiran serta tata-kelola juga perlu ditangani secara berkesan supaya tidak dapat dibolosi anasir ‘subversion’. Penulis tidak mengunjur senario yang lebih buruk kerana akan dituduh mengambil mengambil pendeketan ‘Alarmist’ (Gempak) bagi menjustifikasi Rencana Kajang ini.

15.Dalam bahasa mudahnya, RK adalah strategi yang terpaksa diambil bagi sesuatu Kemaslahatan Perjuangan yang disepakati mampu menyampaikan kepada Matlamat Strategik di atas. Laluannya (Maslak) ialah Kajang yang sekaligus merupakan ‘Faktor Kritikal Kejayaan’ atau “Critical Success Factor” (CSF) dalam menjayakan rencana ini.

16.Apakah semudah itu? Tentunya tidak! Risikonya besar dan bukan kepalang. Dalam bahasa Pelaburan.. “Risiko Besar, Pulangan Besar” atau ‘High Risk High Return’. Tidak sukar menjangka bahawa seteru politik Pakatan akan merancang pelbagai ‘strategi’ bagi menggagalkan rencana ini.

17.Maka cakap-cakap tentang kerugian wang rakyat mesti diimbangi dengan ‘laba’ yang lebih lumayan seandainya RK berjaya dilaksanakan. Pulangannya pula melampaui hanya garis ‘kebendaan’ tetapi melepasi tuntutan terhadap ‘Quality of Life’ atau ‘Kualiti Kehidupan’ yang lebih baik dan bermaruah.

18.Seperkara tentang penjelasan isu. Benar perang ‘Khalid-Azmin’ sudah tidak boleh disorok lagi. Menjustifikasi “Rencana Kajang” sebagai kaedah penyelesaian adalah amat tidak wajar dan mungkin juga tidak tepat. PAS (dan DAP) akan pasti menolak kalau kesemua ini hanyalah untuk memenangkan satu-satu pihak.

19.Dengan kata lain juga PAS akan juga awal-awalnya menolak rencana ini, andainya itu sahaja Kepentingan (Maslahah) yang hendak dicapai atau itu sahaja kemudaratan yang hendak ditangkis kerana tidak setimpal dengan ‘risiko berat’ atau kemudaratnnya (Mafasid) yang bakal diterima bagi menjayakan rencana ini termasuk berlaku krisis pentadbiran.

20.Sebabnya jelas kerana ‘Qawaid Fiqhiyah’ menegaskan “Menolak Kemudaratan adalah lebih awla (penting) dari Mengambil Kepentingan”. Kemudaratan besar yang mahu ditolak adalah ‘Menolak dan ‘Menangkis Serangan’ dari seteru.

21.Namun perlu dipastikan tindakan ini tidak mencetuskan kemudharatan yang lebih besar yakni seumpama berlaku krisis kepimpinan di mana undang-undang tubuh negeri akan digantung. Kesemua itu mesti digarap dalam satu derap-langkah yag bersepadu.

22.Wajar juga diingatkan bahawa RK harus direalisasikan kerana Kemaslahatan yang hendak dicapai yakni di segi “Matlamat Strategik”, membina ‘Negeri Contoh’ dengan memperkukuhkan gandingan kepimpinan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim - akumen politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu mewajarkan dan mengharuskan Rencana Kajang ini digerakkan dengan membuka laluan mendepani risiko - “Fathul Dzari’ah. Jangan lupa akan kekuatan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

23.Inilah metodologi atau laluan (maslak) pemikiran “Al-Istishraaf Al-Istiqbaly” (Futuristic Thinking – Menerobos Realiti Kedepan) yang sangat dihajati oleh pemikir pemikir “Political Islam”. Ia berlawanan dengan realiti Gerakan Islam yang sentiasa terperangkap dalam jajaran bertindak secara Infi’ali atau “Reaksionari”.

24.Bertindak bagi membangunkan ‘dua kepentingan utama’ yang diijtihadkan oleh Syeikh Tahir bin Ashur yang menghuraikan karya agung ‘Al-Muwafaqat’ karangan Imam al-Shatibi yakni ‘Al-‘Adalah wa Al-Hurriyyah’atau ‘Keadilan dan Kebebasan’ adalah pendekatan "Maqasidiy" yang perlu dipelopori oleh Gerakan Islam Kontemporari. Pakatan Rakyat adalah pengalaman (tajribah) wadah PAS selaku Gerakan Islam dalam Tahaaluf Siyasi atau 'Politik Koalisi'.

25.Mengingatkan bahawa lima Kemestian Utama (Dhorruriyah Al-Khmsah) dalam Maqasid Syar’iyah yakni menjaga Agama, Aqal, Nyawa, Keturunan dan Harta-Benda kini ditambah dengan kepentingan Keadilan dan Kebebasan menjadikan Gerakan Islam lebih komprehensif dan menyeluruh lagi dalam persaingan global ini. Penulis mahukan ini sekaligus digarap dalam agenda RK.

26.Maka tindakan ‘Rencana Kajang’ mesti keluar dari paradigma persaingan ‘kepompong pemikiran lama’ yang mengheret Pakatan kepada ‘Politik Longkang dan Jelek’ (Gutter Politics). Penulis mahukan PAS/Pakatan Rakyat khasnya untuk membawa negara ke arah satu Politik Baru yang lebih ‘Bersih dan Adil’ supaya benar-benar dapat menjayakan ‘Agenda Islah’ (Penambahbaikan) serta mengangkat “Karamah Insaniyyah” (Kemuliaan Manusiawi) yang sebenarnya.

27.Meskipun tidak diminta dan mungkin juga tidak berapa diperkenan pelbagai pihak, namun inilah pandangan penulis yang menjadikan beliau sangat teruja dan sangat bersemangat dengan ‘Rencana Kajang’ ini. Kalau ada yang berpandangan penulis “apologist” kepada rencana PKR atau sesiapa pun, tuduhan itu sangat malang dan meleset.

28.Dalam erti dan maksud itu juga, Penulis dalam Forum”Kajang Move” di Empire Hotel, Subang Jaya, bersama panelis lain termasuk Pengarah Strategik PKR, YB Rafizi dan YB Tony Pua menegaskan bahawa ‘Rencana Kajang adalah Laluan Strategik Pakatan Rakyat Ke Putrajaya’!

29.Maka adalah sangat tepat bagi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera parti bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.


Sunday 2 February 2014

Suhaizan Kayat menjawab dengan tenang.(VIDEO)

BENARKAH Perletakkan jawatan Adun di N25 Kajang satu pengkianatan.Apakah pandangan Pemuda PAS mengenai isu ini.bertepatan dengan kehendak rakyat.Sama-sama kita dengar,fahami dan kita fikir-fikirkan dari sudut pemikiran ahli politik Pimpinan muda dalam PAS melihat perkembangan semasa. Kehebatan ketua pemuda Pas amat terserlah,dengan bersahaja beliau mematah hujjah dari keempat-empat wakil BN yang di siar secara langsung oleh TV1. (Lihat Video ini)

Saturday 4 January 2014

Turun Harga Barang

                                                   Flashmob di Hulu Bernam

Acara himpunan TURUN di Hulu Bernam mendapat perhatian awam sepanjang himpunan protes itu berlangsung petang tadi .Hujan yang turun tidak melemahkan usha protes awam terhadap isu kenaikan harga barangan awam yang melambung sejak akhir-akhir ini.








Wednesday 1 January 2014

Ahlan wa sahlan   أهلاً وسهلاً

Selamat menyambung pelajaran buat anak-anak PASTI AL FIRDAUS bagi tahun 5 dan tahun 6.Bagi tahun 4 yang baru memasuki dunia pra persekolahan selamat datang.Terima Kasih buat ibubapa/penjaga yang mempercayai dan meyakini pendidikan di PASTI terutama di Tadika PASTI AL FIRDAUS untuk tahun 2014.
Kami mengalu-alukan kedatangan anak-anak kami untuk diasuh sepanjang tahun ini.Komitmen kami semoga generasi memahami asas asuhan bermula dari tunas ini perlu terdidik dengan akhlak yang baik.

Kami masih membuka pendaftaran untuk tahun ini dan para ibubapa yang masih tercari-cari tadika untuk anak anda,kami dengan kemampuan kami bersedia sedaya mungkin berusaha kearah yang diharapkan.

 KAMI MASIH MEMBUKA UNTUK PENDAFTARAN  DAN SEKIRANYA IBUBAPA BERMINAT  DATANG TERUS KE TADIKA PASTI AL FIRDAUS DI TAMAN SLIM TANJUNG MALIM.