Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Friday 4 January 2013

Dr. Burhanuddin bin Muhammad 

Nur al-Hilmi (1911 , Kota Bharu - 
25 Oktober 1969 , Taiping, 
Malaysia) merupakan bekas Yang 
Dipertua Agung Parti Islam Se- 
Malaysia ( PAS). 
Awal kehidupan 
Burhanuddin merupakan anak 
pertama dari pasangan Haji 
Mohamad Nor dan Sharifah 
Zaharah bt Habib Osman. 
Ayahnya berasal dari Batusangkar, 
Tanah Datar, Sumatera Barat yang 
merantau ke Malaysia pada tahun 
1908, sedangkan ibunya berasal 
dari Malaka. Burhanuddin 
dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, 
Perak pada tahun 1911, dan belajar 
di Universiti Muslim Aligarh di 
India . Sekembalinya dari 
pelajarannya di India dan 
pengembaraannya ke Palestin dan 
Turki, Burhanuddin Al-Helmy 
kembali bertugas sebagai guru 
bahasa Arab di Madrasah Aljunied 
Al-Islamiah, Aljunied, Singapura. 


Aktiviti selepas perang-: 


Selepas Perang Dunia II , 
Burhanuddin menubuhkan Parti 
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 
. Parti ini menuntut kemerdekaan 
penuh bagi Tanah Melayu dan 
menentang sebarang bentuk 
penjajahan Inggeris, dan Dr. 
Burhanuddin membawa PKMM ke 
arah mewujudkan Melayu Raya iaitu 
satu gagasan "kesatuan politik" 
Malaya-Indonesia yang merupakan 
salah satu perjuangan utamanya 


Presiden PAS____π 

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia 
(PAS) berpindah tangan kepada 
Burhanuddin pada tahun 1956, 
hingga kematiannya pada tahun 
1969. Di bawah kepimpinan 
Burhanuddin, PAS mempunyai 
orientasi menyokong kesatuan 
sekerja dan anti-kolonialisme. 
Beliau digambarkan sebagai 
seorang "nasionalis radikal dan 
pemikir Islam". 
Kepemimpinannya terpotong oleh 
penangkapan di bawah Akta 
Keselamatan Dalam Negeri pada 
tahun 1965, dan selanjutnya 
dipenjara selama satu tahun atas 
tuduhan berkomplot untuk 
menggulingkan kerajaan Malaysia 
dan memasang sebuah kerajaan 
pengganti yang lebih ramah kepada 
Indonesia. 



Wafat_____√ 

Burhanuddin meninggal dunia pada 
tanggal 10 Oktober 1969 akibat 
penyakit lelah dan juga kesan 
seksaan yang beliau terima semasa 
dalam tahanan ISA.

No comments:

Post a Comment