Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Sunday 20 January 2013

  • Pemimpin itu mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Tanya diri kita adakah riwayat hidup dan tingkah laku pemimpin pilihan memimpin jamaah Islam yang boleh diambil contoh?

    Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria,sombong,sabar,jaga perasaan orang lain,kawal percakapan dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji,sering berbaik sangka dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
      Ramai org yg nampak hebat dr sudut ilmu, hujahnya bernas, ideologinya kemas, pemikirannya superb..namun tiada nilai jika solatnya bermasalah, akhlaknya menyakitkan orang...
    Ilmu yg tak beri kualiti pd solat, hujah bernas yg tak mendidik akhlak, jika menghadap Allah tak jaga..apatah lagi dgn manusia....
  • Agama islam mahu pemimpin itu mestilah seorang muslim yg benar-benar menghayati amanah islam.“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.
  • Mana-mana orang Islam yang diberi kuasa atau peluang untuk melantik pemimpin atau menentukan pimpinan di kalangan umat Islam, maka mereka hendaklah melihat dan mengambil kira ciri-ciri di atas dalam menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin mereka. Mengabaikan ciri-ciri di atas dalam pemilihan pemimpin akan memberi satu kesan yang buruk kepada masa depan Islam dan juga umat Islam. Melantik pemimpin-pemimpin yang tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai khalifah atau bersifat fasiq, zalim dan fujur atau tidak memiliki kelayakan ilmu, intelektual dan fizikal untuk memerintah bererti mendedahkan umat Islam kepada pelbagai kerosakan dan penyelewengan dalam kehidupan duniawi dan agama mereka.
  • Usrah minggu ini membincangkan peri pentingnya pemimpin mestilah terdiri dari kalangan orang yg ikhlas,sabar dan sangat super sabar seperti yang Rasululah saw telah tunjukan seperti yg kita semua tahu kesah hidup Rasululah yg di hina,di lempar najis,di cerca dan sebangainya namun atas sifat super sabar Rasululah saw memaaf dan berbuat baik pula kepada musuh-musuhnya.Hingga ada riwayat menyatakan Rasulullah saw berkunjung pula kpd mereka yg menyakiti Rasululah saw.
  • Naqib telah membuka ruang agar ayat Fuslillat 33/34 difahami oleh jamaah semua betapa sifat ini di perlihatkan oleh Allah swt mahu difahami kita perlukan sifat ini untuk menawan musuh.
  • Ditambah lagi oleh Ketua Dewan Ulama Kawasan Tuan Guru Hj Baharudin yg turut hadir dengan pengisian yg panjang tentang sifat sabar ini.Pemimpin perlu memberi contoh dlm menerajui jamaah supaya berakhlak mulia dengan menjaga adab,peri laku,percakapan agar tidak menyinggung sahabat dalam jamaah mahu pun musuh agar tercermin kepimpinan yg baik.
  • Kemenangan islam bukan atas kemenangan individu tetapi akhlak kepimpinan yg memenangkan sifat agama islam itu
  • Majlis usrah minggu ini di sudahi dgn nasihat dewan ulama agar ahli semua memiliki sifat terpuji agar musuh tertawan dgn indahnya islam.
Wasalam.


No comments:

Post a Comment