Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Friday 12 July 2013

PUASA : NIAT PUASA DAN FISIOLOGI TUBUH

Puasa, niat puasa dan fisiologi tubuh.

Apabila anda berniat puasa automatically Sistem Saraf Pusat yang bertugas sebagai sensor itu menghantar mesej kepada sel-sel perut yang mengeluarkan cairan asid hidroklorik (pH 2) supaya tidak mengeluarkan produknya pada jam sekian-sekian. Asid hidroklorik berfungsi menentukan jumlah pengeluaran enzim pepsin (menghadamkan protein) dan rennin (menghadam lemak) dalam proses penghadaman. Cairan pepsin dan rennin disebut juga cairan gester. Niat telah menyekat rembesan asid hidroklorik. Sedarkah anda, dalam situasi biasa apabila anda mula berasa lapar/ teringin untuk makan (pada waktu kebiasaan anda makan – pukul sekian-sekian anda bersarapan pagi dan makan tengahari) sebabnya ialah kerana cairan enzim sudah mulai merembas masuk ke dalam sistem penghadaman. Ianya di bawah kawalan body clock; iaitu sistem semulajadi dalam diri yang mengontrol sikap semula jadi anda seperti bangun tidur anda dan lapar dahaga anda. 

Rupa-rupanya berniat berpuasa telah mengubah mekanisma tersebut. Ketika kita mula belajar berpuasa semasa kecil-kecil dahulu; ingatkah emak atau ayah mengingatkan supaya pasang niat sebaik selepas makan sahur (ketika kita mulai tarik semula selimut). Niat. Niat. Jangan terlupa niat; pesan emak. Tapi kenapa menjelang jam sepuluh pagi perut kita mula memulas dan lapar atau ulu hati terasa pedih. Sebabnya ialah kerana kita tidak memahami fungsi niat. Niat itu saja-saja – tidak sampai kepada....
kesungguhan dan hadir Allah bersama ibadah kita. Makanya enzim tetap juga merembas masuk ke dalam sistem penghadaman seeluk masuk jam biasa anda akan makan pagi atau tengahari. 

Nabi Muhammad Rasul Junjungan berpesan; sunat melambatkan makan sahur. Kenapa. Supaya niat anda untuk berpuasa itu tidak terputus di dalam sistem andaikata anda tertidur semula. Tidakkah anda pernah terasa; sebaik bangun pagi (dalam bulan puasa) perut anda terasa kurang enak - memulas dan terasa terlalu lapar. Sebabnya ialah kerana niat puasa anda telah terputus di dalam system, kerana tidur anda (selepaas anda makan sahur awal tersebut. Kepada mereka yang makan sahur lewat dan dilangsungkan dengan solat Subuh; gejala ‘keletihan’ begitu tidak terasakan sangat. 

Pernahkah anda mendengar pengakuan pesakit gestrik yang mereka boleh berpuasa dalam bulan puasa. Malahan kebanyakan doktor Muslim menyarankan pesakit gestrik supaya berpuasa. Inilah sebabnya – fungsi niat akan berjaya menyekat enzim dan cairan asid hidroklorik (pH 2) dari masuk ke dalam perut membantu proses penghadaman. 

Kenapa pula makan sahur kita sering tidak menyelerakan. Sebabnya ialah kelenjar enzim atau cairan yang membantu proses penghadaman tidak sempat diaktivate untuk menyesuaikan suasana penghadaman (seperti suhu yang sesuai, kadar volume cairan atau enzim yang diperlukan bagi menampung jumlah makanan yang akan anda makan) di samping ‘kilang dalam perut anda belum dalam keadaaan bersedia untuk mengisar makanan. 

Sebab itu sebaiknya ketika isteri menyediakan makanan; eluk suami bangun juga tetapi sembahyang sunat atau baca alQuran – dalam setengah jam organ penghadaman sudah siap di activate untuk memulakan tugasnya

Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment