Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Tuesday 1 October 2013

Presiden PAS DS Abdul Hadi solat jenazah di pusara Azizan.

  • Hadi solat jenazah di pusara Azizan
 1 / 1 
KUALA NERANG - Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum, disembahyangkan untuk kali keempat, diimamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Antara yang turut serta ialah Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan; timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.


Abdul Hadi meluangkan masa kira-kira 30 minit di pusara Azizan. Beliau tidak dapat menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Khamis lalu kerana menghadiri persidangan antarabangsa di Pakistan.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham melalui panggilan telefon dan portal berita di laman web.

“Saya ambil masa ini untuk sembahyang di kubur beliau sendiri dan mendoakan supaya ALLAH menerima segala amalannya dan diletakkan bersama mereka yang berjuang menegakkan Islam,” katanya di Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), hari ini.

Abdul Hadi berkata, beliau mula mengenali Azizan ketika belajar di Madinah lebih 40 tahun lalu.

“Beliau datang ke Madinah pada 1969 untuk mengerjakan haji dan terus ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian. Kemudian, saya kenali beliau lagi sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau banyak memberi sumbangan kepada Pas semasa menjadi pensyarah.

“Apabila diminta terus terlibat dengan Pas, beliau meletakkan jawatan dan terus bersama kita (Pas). Beliau juga adalah antara tenaga yang penting menghidupkan akhbar Harakah ketika menjadi ketua penerangan,” katanya.

Beliau berkata, Azizan kemudiannya diamanahkan oleh bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor untuk menggantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

“Selepas Pas menang di Kedah pada PRU12, kita lantik beliau sebagai menteri besar dan beliau menunjukkan satu ketokohan yang sangat baik kepada Pas. Beliau bukan sahaja disegani kawan, bahkan lawan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, lebih 5,000 orang membanjiri pekarangan Kompleks Pas Pokok sena untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum jenazah dibawa untuk dikebumikan Khamis lalu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan tiga kali pada hari itu; kali pertama di Masjid Nurul Ihsan dengan diimamkan anak keempatnya, Izzat Izzatul Islam.

Setiba di Muassasah Darul Ulum, jenazah sekali lagi disembahyangkan dengan diimamkan anak sulungnya, Wassim Humaidi, manakala sembahyang jenazah kali ketiga diimamkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din, di tempat yang sama.

No comments:

Post a Comment