Iklan Korban 2014

Iklan Korban 2014

Monday 7 October 2013

PRK SG LIMAU : BALIK LAH.

Sg Limau: Pengundi luar dirayu balik mengundi

Muhammad Faizal,07 Okt 2013
KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pengundi berdaftar bagi kerusi N20 Dun Sungai Limau, yang berada di luar kawasan, agar balik mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu yang ditetapkan pada 4 November nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sokongan dari pengundi luar sangat penting dalam menentukan keputusan pilihan raya itu nanti.

"PAS menggesa agar ke semua mereka yang mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau balik mengundi pada 4 November nanti.

"Selain itu juga kita turut berharapan setiap majikan tidak kira swasta ataupun kerajaan memberi pelepasan tanpa rekod kepada pekerjanya untuk balik mengundi," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.


Mahfuz yang dalam pada itu mengingatkan pengundi-pengundi luar memberikan sepenuh komitmen pada PRK kali ini dalam memastikan PAS kekal di kerusi tersebut.

Jelasnya, sokongan padu yang diberikan oleh pengundi luar akan dapat merealisasikan segala amanah dan harapan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum ini.

"Harapan yang besar ditinggalkan oleh Azizan sebelum ini bagi memastikan PAS dapat meneruskan khidmat di Sungai Limau termasuk di Kedah.

"Atas amanah dan tanggungjawab ini saya berharap pengundi yang berada di luar balik menunaikan tanggungjawab mereka.

"PAS akan bekerja kuat bagi memastikan apa yang ditinggalkan oleh Azizan dapat kita teruskan," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut melahirkan kekecewaan dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari pengundi pada hari bekerja dan selepas perbentangan bajet.

Katanya, tindakan SPR itu bukan sahaja dilihat mengecilkan ruang demokrasi malah menyusahkan para pengundi khususnya pengundi luar untuk pulang membuang undi.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Oktober ini bagi membentuk Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment